VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 17/09/2013

'Tailong Man' diminta tampil bantu siasatan

MELAKA 16 Sept. - Polis negeri mahu pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'Tailong Man' supaya tampil bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan terhadap pasukan itu di dalam sosial berkenaan pada Jumaat lalu.

Status ugutan di laman sosial tersebut dipercayai dikemas kini pemiliknya untuk membalas dendam setelah polis menembak mati dua ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng, sehari sebelum itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, siasatan lanjut bagi mengesan pemilik akaun laman sosial itu sedang dijalankan pihaknya.

Menurutnya, siasatan menyeluruh turut dilakukan sama ada pemilik laman sosial itu mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap berkenaan.

"Polis mahu 'Tailong Man' tampil membantu siasatan selain meminta orang ramai yang ada maklumat mengenainya agar menyalurkannya kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, pemilik akaun berkenaan mengemas kini statusnya dengan kenyataan memaki hamun dan mengancam polis.

Difahamkan, polis yang menyemak akaun tersebut mendapati ia didaftarkan pada 12 September lalu dan masih aktif sehingga hari ini.

Selain ugutan tersebut, pemilik akaun berkenaan turut meletakkan status pekerjaannya sebagai pembunuh upahan serta memuat naik beberapa gambar senjata seperti pistol, pedang dan lambang yang memiliki simbol tertentu.

Jelas Ghee Lye, status ugutan tersebut disedari seorang anggota polis bantuan yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Durian Tunggal, Alor Gajah, keesokannya.

Tambahnya, status ugutan berkenaan tidak akan mematahkan semangat polis negeri dalam berusaha membanteras penjenayah di negeri ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.