VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 26/08/2013

Ahli perniagaan terbunuh

NORIAH Mahat mengecam mayat suaminya, Majura Muda yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 35, Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran terowong Genting Sempah, semalam.

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Keseronokan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi bersama tiga rakan bertukar tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 35, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Genting Sempah dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika mangsa, Datuk Majura Muda, 47, perunding kejuruteraan bersama tiga rakannya dalam perjalanan ke Hutan Lipur Lentang di Bentong, Pahang untuk bersarapan.

Sewaktu melalui selekoh tajam iaitu kira-kira dua kilometer sebelum terowong Genting Sempah, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Concours 14 tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh besi penghadang lebuh raya.

Rempuhan kuat menyebabkan mangsa tercampak dari motosikal dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Tiga rakannya yang mengekori di belakang bagaimanapun tidak terlibat dalam kemalangan dan mereka sempat menghubungi isteri mangsa memaklumkan nahas tersebut.

Isteri mangsa, Datin Noriah Mahat, 44, sempat tiba di lokasi kejadian untuk melihat suaminya tetapi tidak dapat bercakap dan hanya mampu menangis kerana terlalu sedih dan terkejut.

Difahamkan Majura yang aktif menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama rakan-rakan menerajui beberapa syarikat perunding dan kejuruteraan sejak beberapa tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kemalangan tersebut dan memaklumkan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Sementara itu, anak sulung mangsa, Mohd. Dzul Ariff, 21, berkata, bapanya yang berasal dari Dungun, Terengganu merupakan pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif kepada syarikatnya yang ditubuhkan sejak lebih 10 tahun lalu iaitu Maju Integrated Consultant terletak di Pusat Bandar Seri Gombak, Taman Seri Gombak dekat sini.

Mohd. Dzul Ariff yang turut bekerja dengan bapanya memberitahu, dia mempunyai lima adik-beradik dengan paling bongsu berusia empat tahun.

"Menurut ibu, jenazah arwah bapa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Taman Bukit Permata, Gombak," katanya sambil memberitahu berita sedih itu sudah dimaklumkan kepada ahli keluarga yang lain termasuk datuk dan neneknya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.