VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 08/07/2013

Kes rogol atlet Sukma: 5 saksi dirakam percakapan

KUALA LUMPUR 7 Julai - Polis telah merakam keterangan lima saksi bagi membantu siasatan kes rogol seorang pengiring pasukan bola baling di perkampungan sukan, Sukan Malaysia (Sukma) Ke-16 di Universiti Putra Malaysia di Serdang, Rabu lalu.

Difahamkan, mangsa yang berusia 19 tahun itu juga telah dirujuk ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan.

Sumber memberitahu, mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada pukul 3 pagi kelmarin, dan bertindak atas maklumat tiga lelaki berusia 18 hingga 19 tahun telah ditahan kira-kira pukul 2 petang.

"Polis turut merakam percakapan lima orang saksi. Setakat ini siasatan berjalan dengan baik dan kita jangka kes ini selesai minggu depan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Supritendan Lam Chien Fei ketika dihubungi mengesahkan penahanan tiga lelaki itu dan mereka telah direman selama seminggu.

Akhbar hari ini melaporkan mangsa mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu, selepas minum minuman keras bersama atlet bola baling di sebuah gelanggang bola keranjang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.