VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 06/07/2013

Mangsa dera alami kecederaan kekal - Pakar

KUALA TERENGGANU 6 Julai - Kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menjadi mangsa dera ibu dan bapa tirinya baru-baru ini kemungkinan akan mengalami kecederaan kekal di bahagian kakinya selain hilang sebahagian jari kakinya.

Perkara itu disahkan oleh seorang pakar pediatrik dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, satu pembedahan kecil telah dilakukan ke atas kaki kanak-kanak malang itu pada 25 Jun lalu dan pihaknya kini sedang memantau perkembangan semasa kanak-kanak terbabit.

"Pemantauan itu kita buat bersama pakar bedah plastik kerana luka di bahagian kaki kanak-kanak itu agak dalam dan besar. Walaupun kita telah gantikan kulit yang mengalami luka itu dengan kulit baharu, kesan daripada penderaan itu pastinya akan kekal dan memakan masa yang agak lama untuk pulih," ujar beliau.

Pada 2 Julai lalu, bapa tirinya dihukum penjara selama 13 tahun manakala ibunya selama 10 tahun setelah mengaku mendera kanak-kanak dan dua adiknya. - UTUSAN ONLINE

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.