VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 25/06/2013

Perompak bank hanya dapat pistol

ANGGOTA Jabatan Forensik melakukan siasatan di sebuah bank yang dipecah masuk sekumpulan perompak di Pandan Indah, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 24 Jun - 'Penat-lelah' sekumpulan perompak yang memecah dan menebuk dinding sebuah bank di Jalan Perubatan 2, Pandan Indah di sini tidak berbaloi setelah mereka tersalah sasaran kerana melarikan sebuah peti besi yang hanya mengandungi sepucuk pistol automatik, awal pagi ini.

Kejadian tersebut disedari seorang anggota polis bantuan ketika hendak memeriksa premis itu pukul 8 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kumpulan suspek itu menceroboh masuk ke dalam bank tersebut setelah memecah dan menebuk dinding konkrit di kedai salon bersebelahan.

"Suspek sebelum itu masuk ke kedai tersebut dengan mengumpil tingkap bilik air lalu memecah dan menebuk dinding yang terus masuk ke bilik kebal bank berkenaan.

"Di bilik kebal itu tersimpan dokumen bank dan juga beberapa peti besi berlainan saiz. Peti besi yang mengandungi wang, bersaiz besar menyebabkan mereka mengambil keputusan melarikan peti besi lebih kecil berukuran 0.6 x 0.6 meter yang berisi sepucuk pistol," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan Jabatan Forensik mendapati suspek menebuk lubang di dinding konkrit berukuran badan manusia yang kurus.

"Suspek juga dipercayai cuba untuk mengumpil sebuah lagi bilik kebal menyimpan wang tunai berdasarkan kesan pecah, tetapi gagal," ujarnya lagi.

Jelas Amiruddin, sebelum melarikan diri, suspek mengambil dekoder rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak identitinya diketahui.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk bangunan. Polis akan meneliti rakaman CCTV beberapa kedai lain yang berhampiran terutamanya di bahagian belakang," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan polis menjejaki suspek terlibat.

habis

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.