VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 16/06/2013

Pihak berkuasa serbu lokasi curi pasir

HULU LANGAT 15 Jun - Hanya berbekalkan jentera pengorek terpakai tanpa mengeluarkan sebarang modal, seorang lelaki yang menjalankan kegiatan mencuri pasir di kawasan rekreasi Sungai Batang Si, Kampung Pasir Baru, Semenyih di sini mampu memperoleh keuntungan mencecah kira-kira RM300,000 sehari.

Keuntungan lumayan tersebut menyebabkan lelaki terbabit tidak serik melakukan kegiatan haram berkenaan walaupun pernah dikenakan tindakan kompaun oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat baru-baru ini.

Lelaki berusia 54 tahun itu dipercayai berani meneruskan kegiatan mencuri pasir di kawasan tersebut kerana perbuatannya dilindungi kumpulan samseng dan pihak tertentu yang dipercayai penyokong sebuah parti setelah dibayar sejumlah sogokan.

Perbuatan mengorek pasir tanpa permit yang berterusan dilakukan oleh lelaki berkenaan terbongkar apabila dia sekali lagi disoal siasat dan sebuah jentera pengorek bernilai kira-kira RM60,000 miliknya disita semalam.

Tindakan itu dilakukan oleh pegawai penguat kuasa dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor bersama Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan laporan polis yang dibuat oleh sekumpulan penduduk dari Kampung Pasir Baru kelmarin.

Seorang penduduk, Mohd. Azmer Shah, 21, mendakwa, perbuatan mengorek pasir tanpa permit di kawasan sungai tersebut mendedahkan kira-kira 1,000 rumah penduduk kampung dan lebih 100 penghuni rumah murah di Kampung Pasir Baru diancam banjir.

"Lelaki terbabit yang menjalankan kegiatan mengorek pasir bersendirian dan menjual pasir yang belum diproses kepada syarikat pengusaha pasir dengan harga RM400 satu lori di sungai ini sejak seminggu lalu.

"Disebabkan mahu mengorek pasir, dia telah memecahkan benteng penghalang banjir yang dibina penduduk kampung mengakibatkan berlaku kejadian banjir apabila hujan lebat selepas itu," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui semalam.

Seorang lagi penduduk, Fakhrul Alma, 29, berkata, kegiatan mengorek pasir secara haram itu bukan sahaja mengakibatkan banjir tetapi memusnahkan alam sekitar apabila sungai yang menjadi tumpuan penduduk kampung dan pengunjung luar untuk mandi-manda serta memancing tercemar.

Katanya, kehadiran berpuluh-puluh lori mengangkut pasir setiap hari melalui kawasan perkampungan tersebut juga membahayakan murid di Sekolah Rendah Agama Kampung Pasir Baru.

Fakhrul berkata, kebimbangan itu menyebabkan mereka nekad menemui lelaki terbabit semalam bagi mendesaknya menghentikan kegiatan mengorek pasir di situ, namun malangnya dia berdegil dan bersikap kasar sehingga memaksa penduduk kampung membuat laporan di Balai Polis Semenyih.

Seorang pemilik ladang lembu dan kolam ikan, Remy Adnan, 48, memberitahu, Sungai Batang Si bukanlah lokasi pertama dijadikan sasaran mencuri pasir oleh lelaki berkenaan kerana kegiatan haram itu turut dijalankan di tempat lain di sekitar Semenyih.

"Saya difahamkan lelaki terbabit baru sahaja mendapatkan semula jentera pengorek pasir yang disita oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat pada tiga bulan lalu tetapi tidak serik apabila menukar lokasi mencuri pasir di Sungai Batang Si.

"Dalam tempoh seminggu dia mengorek pasir di situ, saya ditimpa masalah apabila berlaku dua kali kejadian banjir yang menghanyutkan ikan ternakan manakala gerai makanan diusahakan saya turut terjejas," katanya.

Tambah Remy, dia turut menanggung kerugian apabila jambatan yang dibina dengan wang sendiri bagi menghubungkan ladangnya ke jalan besar rosak dilalui oleh lori pengangkut pasir.

Sementara itu, suspek dilihat menangis dan merayu kepada pegawai penguat kuasa meminta agar jenteranya tidak disita semasa ditahan dan disoal siasat.

Dia akhirnya terpaksa akur apabila jentera pengoreknya dirampas dan disiasat mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara yang membawa hukuman denda maksimum RM25,000 sekiranya didapati bersalah mengeluarkan pasir secara tidak sah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.