VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 19/05/2013

Adam Adli ditahan menghasut

KUALA LUMPUR 18 Mei - Aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim (gambar) ditahan polis hari ini mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana dipercayai menghasut orang ramai mengadakan demonstrasi jalanan bagi menggulingkan kerajaan, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan penahanan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Adam Adli ditangkap di tepi jalan tidak jauh dari pejabat portal propembangkang, Malaysiakini di Jalan Bangsar kira-kira pukul 3.15 petang sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang.

"Bekas pelajar itu ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bagi membantu siasatan," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Kenyataan itu dipercayai dibuat oleh Adam Adli dalam satu forum mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada Isnin lalu.

Difahamkan, penahanan Adam Adli bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya mengajak orang ramai gulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Dalam ucapan ringkas itu, Adam Adli didakwa mengajak semua pihak mengadakan demonstrasi jalanan kerana mendakwa PRU-13 baru-baru ini tidak sah kerana telah berlaku penipuan.

"Kalau ada polis, SB (cawangan khas), ejen UMNO, ejen Barisan Nasional di sini, nama saya Adam Adli Abd. Halim... ambil butiran saya, buat laporan polis kerana hari ini saya mahu mengajak semua rakyat, kita susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk merampas balik kuasa.

"Kita tidak banyak masa lagi, kita akan turun ke jalan raya sebab dalam dunia ketiga seperti negara Malaysia ini, pilihan raya tidak akan menumbangkan kerajaan, yang boleh hanyalah kuasa rakyat. Ini sahaja peluang kita ada," katanya dalam ucapan seperti tersiar dalam Youtube.

Adam Adli merupakan penuntut UPSI yang digantung pengajian kerana menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra dalam satu demonstrasi 17 Disember lalu.

Dalam laman Twitternya, Adam Adli turut mengemas kini status penahanan itu sekitar pukul 3 petang ini.

"Saya ditahan polis di Bangsar Utama. Kini dibawa ke Balai Polis Jinjang..," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.