VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 27/04/2013

15 kediaman pelajar Madrasah Nurul Islah terbakar

ABDUL Azeez Rahim (kanan) bertanyakan sesuatu mengenai kebakaran kepada Mudir Pondok Ustaz Bakar, Muhammad Fadhil Abdul Hamid (kiri) di Pondok Ustaz Bakar di Baling, Kedah, malam semalam.

BALING 26 April - Sebanyak 15 buah pondok kediaman pelajar Madrasah Nurul Islah atau lebih dikenali sebagai Pondok Ustaz Bakar di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu.

Pelajar, Muhammad Almizan Fahmi Muhd Bakri, 19, berkata, dia ternampak api menjulang tinggi ketika semua pelajar sedang membaca surah Yasin selepas solat Maghrib.

"Saya terdengar kawan menjerit api ketika dia hendak turun mengambil wuduk lalu saya dan rakan lain bergegas keluar untuk menyelamatkan diri," katanya.

Mudir madrasah tersebut, Muhammad Fadhil Abdul Hamid, 34, berkata, mereka cuba memadamkan api dengan mengangkut air dari kolah surau selain menggunakan hos pemadam api yang disediakan bomba.

"Syukurlah tiada kemalangan jiwa yang berlaku tetapi keseluruhan harta-benda seperti kitab-kitab dalam pondok-pondok tersebut hangus terbakar," katanya.

Menurut Muhammad Fadhil, kebakaran itu dapat dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan bomba dalam tempoh 20 minit.

Difahamkan, madrasah itu mempunyai seramai 90 pelajar lelaki dengan tujuh orang guru dan kakitangan.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Rahim yang melawat lokasi kejadian berkata, beliau akan berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi terlibat bagi meringankan beban ditanggung mangsa kebakaran.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.