VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 25/04/2013

Kaunter stesen minyak ditembak

KLANG 24 April - Dua pekerja sebuah stesen minyak di Taman Chi Liung, Pandamaran di sini, berdepan dengan detik cemas apabila cermin kaunter pembayaran di premis itu ditembak dari luar malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 malam itu, dua pekerja yang sedang bekerja berhampiran kaunter stesen minyak itu dikejutkan dengan bunyi letupan dari arah luar diikuti cermin kaunter retak.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Mohamad Md. Yusof berkata, sepasukan anggota polis termasuk unit forensik segera pergi ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebaik sahaja mendapat laporan mengenai insiden itu.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati cermin kaunter di stesen minyak itu telah retak dan ada satu lubang berukuran 1.27 sentimeter pada bahagian atas kaunter berkenaan.

"Polis turut menjumpai sebiji bebola besi di atas lantai di luar stesen minyak tersebut. Ketika kejadian tembakan berlaku, tiada pelanggan berada di stesen minyak tersebut dan segala urus niaga dilakukan melalui cermin kaunter pembayaran kerana pintu kaca ditutup mulai pukul 12 tengah malam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad berkata, pihaknya sudah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pemilik stesen minyak berkenaan untuk diteliti bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, rakaman CCTV menunjukkan terdapat sebuah kereta berwarna hitam melintasi hadapan kaunter pembayaran tersebut.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti suspek terlibat dalam insiden itu dan motif tembakan dilepaskan.

"Anggota forensik sedang mengenal pasti sama ada peluru yang ditemukan di lokasi kejadian dilepaskan secara tembakan atau menggunakan lastik.

"Kita sedang giat mengesan suspek melalui bukti dan rakaman CCTV," katanya sambil memberitahu kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.