VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 24/04/2013

56 pelajar SMK Seri Pantai terhidu gas beracun dikerjakan ke hospital

ALOR SETAR 23 April - Seramai 54 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai, Kuala Kedah di sini terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setelah pengsan, pening dan muntah-muntah dipercayai akibat terhidu gas beracun hari ini.

Kebanyakan mangsa berada di tingkat tiga bangunan sekolah itu sementara sebahagian lagi di padang kerana sedang mengadakan raptai sempena sambutan Hari Anugerah Cemerlang esok.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Nazri Zakaria berkata, bilik gerakan bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.38 pagi dan sepasukan anggota dari Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) dikejarkan ke lokasi.

Katanya, siasatan pihaknya percaya gas itu berpunca daripada sejenis bahan kimia dikenali sebagai 'acrolein' ekoran kerja-kerja pembajaan oleh pesawah di kawasan berhampiran.

"Ini kerana hasil pemeriksaan bomba dengan alat pengesan gas tidak mengesan gas beracun di kawasan sekolah termasuklah kebocoran di kilang baja berdekatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pelajar sekolah itu, Nur Hamiza Zakaria, 15, berkata, ketika kejadian dia bersama beberapa rakan yang lain berada di padang dan sedang melakukan raptai.

"Semasa melakukan latihan, saya ternampak pelajar tingkatan empat dan lima, tiba-tiba pengsan, muntah dan mengadu pening kepala.

"Saya tidak pasti punca gas itu namun ada yang beritahu daripada tandas. Baunya amat menyakitkan hidung," katanya.

Yang hadir sama melawat mangsa di Klinik Kesihatan Kuala Kedah sebelum dipindahkan ke HSB ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan, Datuk Latt Shariman Abdullah dan Dr. Zaki Zamani Abd. Rashid yang merupakan calon BN bagi Parlimen Kuala Kedah.

Difahamkan, kesemua mangsa sehingga petang ini masih ditahan di wad sementara menunggu pemeriksaan lanjut pakar perubatan esok.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.