VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 20/04/2013

Dua ahli perniagaan maut kemalangan

SEREMBAN 19 April - Dua ahli perniagaan termasuk seorang bergelar datuk maut selepas tercampak dari kereta dan digilis beberapa kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Leftenan Kolonel (B) Datuk Che Yang Samsudin, 54, dan rakannya, Ahmad Zamakhsyari Sapawi, 39, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian kedua-dua lelaki berkenaan yang menaiki kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan dari arah selatan ke utara.

Menurutnya, kereta mangsa dipercayai terbabas ke lorong kanan sebelum dirempuh oleh sebuah lagi kenderaan dari arah belakang.

"Rempuhan itu mengakibatkan kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kereta sebelum digilis oleh beberapa kenderaan lain yang datang dari arah belakang.

"Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan setelah digilis," katanya di sini hari ini

Kata jurucakap polis itu lagi, kemalangan tersebut turut menyebabkan kereta Perodua Viva yang dinaiki kedua-dua mangsa terbakar manakala kenderaan yang melanggar kereta mangsa dipercayai melarikan diri.

Sementara itu, seorang rakan sekerja mangsa, Rohaya Mohd. Aziz berkata, kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke ibu kota selepas bertemu pelanggan di Muar, Johor.

"Kedua-dua mangsa merupakan pengasas syarikat perunding, Double Maths yang berpejabat di Shah Alam, Selangor.

"Saya masih ingat kata-kata terakhir arwah Datuk Che Yang ketika kami bertemu di Muar kelmarin, bahawa saya adalah harapan beliau untuk memajukan syarikat ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu menghubungi Inspektor Mohd. Hafidzal Zainal Abidin di talian 06-6033394 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.