VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 15/04/2013

Tiga penyamun diberkas

KUALA LUMPUR 14 April - Selepas 45 minit melakukan jenayah samun di sebuah pusat snuker di Selayang Capital dekat sini, tiga individu termasuk seorang wanita diberkas polis dalam satu serbuan di sebuah hotel bajet yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam serbuan pukul 9 pagi itu polis turut menjumpai sepucuk pistol, sepasang gari dan sejumlah dadah jenis syabu bersama suspek dalam bilik hotel tersebut.

Beliau memberitahu, sebelum itu pada pukul 8.15 pagi, pihaknya menerima laporan daripada pekerja premis tersebut memaklumkan terdapat dua lelaki bersenjatakan pistol telah melarikan sejumlah wang daripada mesin juruwang di kedainya.

"Bertindak daripada maklumat, beberapa anggota peronda polis berjaya mengesan dua suspek tersebut memasuki hotel bajet itu.

"Sejurus itu, sekumpulan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak melakukan serbuan dan berjaya menahan tiga individu termasuk seorang wanita di sebuah bilik di hotel itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, semasa serbuan, polis menemui pistol tersebut di dalam bilik air manakala gari telah dibuang di dalam tong sampah.

Katanya, kesemua suspek berusia antara 34 dan 37 tahun itu berasal dari Rawang dan Selayang.

"Mereka kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.