VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 13/04/2013

Polis tumpas 'Geng Ah Soon'

AMIRUDDIN Jamaluddin (tengah) menunjukkan kereta jenis Mercedes Benz yang digunakan anggota Geng Ah Soon pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR 12 April - Polis menemui semula tujuh kenderaan mewah bernilai lebih RM1.5 juta yang dilaporkan hilang di sekitar Lembah Klang, selepas menumpaskan kumpulan sindiket yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan melarikan kenderaan dikenali sebagai 'Geng Ah Soon' baru-baru ini.

Kesemua kenderaan terbabit dijumpai oleh sepasukan anggota polis peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, hasil maklumat susulan daripada penemuan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier di Jalan Chan Sow Lin di sini pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian 3 April lalu, anggota 'Geng Ah Soon' telah melarikan Toyota Harrier berkenaan selepas memecah masuk sebuah rumah di Ampang dekat sini dan meninggalkan kenderaan itu di Jalan Chan Sow Lin.

Beliau berkata, beberapa hari kemudian, polis yang menjalankan siasatan berjaya mengesan dua lelaki terlibat dalam kes tersebut semasa mereka mahu mengambil Toyota Harrier berkenaan tetapi mereka berjaya memboloskan diri menaiki sebuah kereta Mercedes Benz C200 selepas merempuh kereta polis.

"Hasil siasatan lanjut, polis pada Isnin lalu berjaya menangkap tiga anggota Geng Ah Soon termasuk ketuanya yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut di luar kawasan Pangsapuri Riverdale di Bukit Antarabangsa, Ampang dekat sini.

"Dalam serbuan itu, polis telah menemui sebuah kereta Toyota Camry menggunakan nombor pendaftaran palsu yang dilaporkan hilang sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar di IPD Ampang Jaya dekat sini hari ini.

Selain kereta tersebut, Amiruddin berkata, polis turut menemui pelbagai peralatan digunakan untuk memecah rumah, sebilah parang panjang, satu kunci kereta Volkswagen dan dua kunci kereta jenis Toyota.

Beliau berkata, pemeriksaan di rumah suspek pula, menemui 13 lagi kunci pelbagai jenis kereta termasuk sebuah kereta Proton Waja yang dilaporkan dicuri di Petaling Jaya dekat sini pada pertengahan bulan lalu.

Katanya, hasil siasatan lanjut, polis kemudian memeriksa sebuah lagi rumah di Serdang dekat sini yang membawa kepada penemuan kereta Mercedes Benz C200 yang dipercayai digunakan suspek semasa melarikan diri dalam kejadian di Jalan Chan Sow Lin.

"Kereta Mercedes Benz C200 itu dilaporkan hilang di Wangsa Melawati pada 2 April lalu.

"Serbuan seterusnya di sebuah rumah di Seri Kembangan dekat sini, polis telah menahan empat lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 24 hingga 39 tahun yang mempunyai kaitan dengan kumpulan penjenayah berkenaan," katanya.

Dalam serbuan itu, Amiruddin berkata, polis menemui kunci sebuah kereta Proton Perdana, Toyota, Mercedes Benz dan Honda.

Beliau berkata, hasil maklumat daripada suspek ditangkap, polis menemui pula sebuah kereta Proton Perdana dan Toyota Altis di sebuah tempat letak kereta di Jalan Sungai Besi, manakala sebuah kereta BMW 320i dijumpai di Batu 9, Cheras di sini.

Menurut Amiruddin, modus operandi 'Geng Ah Soon' ialah menyasarkan kediaman memiliki kereta mewah untuk disamun.

"Hasil tangkapan tersebut, kita percaya dapat menyelesaikan 15 kes pecah rumah yang dilaporkan berlaku di sekitar Ampang, Petaling Jaya, Brickfields, Cheras dan Sentul di sini.

"Polis sedang berusaha mengesan beberapa kenderaan yang pernah dilarikan kumpulan penjenayah berkenaan," katanya sambil memberitahu kesemua suspek didapati positif dadah jenis methaphetamine.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.