VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 26/03/2013

Polis Besut tumpas geng pecah pejabat kerajaan, tadika

BESUT 26 Mac - Polis Besut memberkas lima lelaki termasuk dua beradik yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah, pejabat kerajaan serta tadika di daerah itu sejak dua tahun lepas, menerusi operasi sepanjang minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, suspek berusia antara 23 dan 36 tahun itu diberkas pasukan khas yang ditubuhkan polis bagi menumpaskan geng terbabit yang dipercayai terbabit dalam sembilan kes.

Polis memberkas suspek pertama berusia 36 tahun minggu lepas dan operasi susulan berjaya menangkap empat lagi anggota kumpulan termasuk adik suspek pertama berusia 30 tahun.

Kesemua mereka ditangkap di Kampung Gelam di sini, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Kamaruddin, hasil penangkapan itu polis menemui pelbagai barangan curi termasuk empat set televisyen, dua komputer riba serta telefon bimbit, katanya.

Siasatan awal mendapati ada barangan yang dicuri geng ini telah dijual, katanya menambah kesemua suspek positif dadah. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.