VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 19/03/2013

Seludup syabu RM14j tumpas

Liah Omar (kiri) menunjukkan syabu seberat 73 kilogram yang disorokkan dalam kotak dagangan bunga ros hidup yang berjaya dirampas pada sidang media di Seremban, semalam. - UTUSAN/Abd. Razak Aid

SEREMBAN 18 Mac - Cubaan dua lelaki warga India untuk menyeludup masuk 73 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14 juta menerusi penghantaran 50 kotak 'bunga ros' dengan kargo udara berjaya digagalkan selepas mereka ditahan pihak berkuasa, Jumaat lalu.

Kedua-dua suspek berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan anggota kastam dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Merdeka, Ampang, Selangor, pukul 1.40 petang.

Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Narkotik, Liah Omar berkata, operasi tersebut dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat ketibaan 'bunga ros' hidup dari Bangalore, India melalui kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Pihak kami telah menyerbu rumah berkenaan selepas mengekori lori yang membawa dagangan (bunga ros) dari kargo KLIA dan menahan dua suspek. Hasil pemeriksaan, menemukan dadah jenis syabu yang disorokkan di bawah bunga ros di dalam 17 daripada kotak-kotak berkenaan.

"Suspek dan barangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Kastam Cawangan Narkotik di sini untuk tindakan lanjut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Liah berkata, kesemua dadah yang dirampas itu dipercayai untuk pasaran tempatan dan luar negara selepas diproses di negara ini.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati salah seorang suspek pernah tinggal di negara ini sejak lima tahun lalu dan pernah bekerja di sebuah restoran di Kuala Lumpur, manakala seorang lagi mempunyai rekod dua kali masuk ke negara ini.

Katanya, kedua-dua suspek itu ditahan reman sehingga 21 Mac ini bagi membantu siasatan kes yang disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.