ARKIB : 15/02/2013
Dituduh ada hubungan sulit, isteri tikam suami
MELAKA 14 Feb. - Seorang isteri yang berang kerana dituduh mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak nekad menikam suaminya sehingga cedera di rumah mereka di Malim, Isnin lalu.
Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai jurujual berusia 32 tahun ditikam di belakang badan oleh isterinya yang berumur 27 tahun.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan R. Gunarajan berkata, sejurus selepas itu, wanita terbabit yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang dekat sini melarikan diri tetapi berjaya diberkas polis dua hari selepas itu.
"Sebelum kejadian, berlaku pergaduhan antara kedua-duanya di rumah mereka di Malim. Dalam insiden itu, wanita tersebut dituduh ada hubungan sulit dengan lelaki lain.
"Dia yang berang lalu mengambil pisau di dapur dan menikam suaminya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini hari ini.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.
Difahamkan, lelaki berkenaan kini dirawat di Hospital Melaka dan berada dalam keadaan stabil.
Pasukan Khas Bukit Aman siasat kematian tahanan dalam lokap
Tamrin Ghafar turut ditahan di bawah Akta Hasutan
Tian Chua, Harris Ibrahim ditahan polis
Enam ditahan, barang samun RM200,000 dirampas
Kematian tahanan ada unsur jenayah
Pekerja hotel maut kereta dirempuh treler
Polis Selangor belum terima notis perhimpunan Sabtu ini
Peniaga besi buruk disuntik dadah sebelum disamun
Remaja maut terperosok di bawah lori
3 maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kakitangan hotel maut kereta dirempuh treler
Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang buat laporan polis
Samun: Polis tahan dua warga tempatan, 4 lelaki Indonesia
Geng Botak tumpas di Perak
Tahanan mati akibat sakit dada
Lagi nahas ragut empat nyawa
Nyawa suami, anak-anak terancam
Lelaki mati ditikam sekumpulan lelaki
Budak kahwin perogol disiasat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









