ARKIB : 15/02/2013
Gadis maut ditikam kekasih
BUKIT MERTAJAM 14 Feb. - Akibat cemburu, seorang lelaki sanggup menikam sehingga mati seorang gadis sebelum bertindak menikam dirinya sendiri di sebuah rumah di Taman Hwa Seng dekat Alma di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, Tan Ching Chin, 24, sedang mandi di rumah tersebut sebelum suspek berusia 31 tahun yang berasal dari Perak muncul dan menikam mangsa sebanyak tiga kali dengan sebilah pisau.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek yang dipercayai menaruh hati terhadap mangsa merupakan pembekal barangan binaan kepada syarikat abang gadis itu yang juga tempatnya bekerja.
Menurutnya, kedua-duanya baru berkenalan selama enam bulan dan suspek berada di rumah mangsa sejak 10 Februari lalu untuk bersama-sama menyambut Tahun Baharu Cina.
"Bagaimanapun berlaku pertengkaran antara mereka hari ini sebelum suspek menceroboh bilik air ketika mangsa sedang mandi dan menikamnya di perut sebelum menikam dirinya sendiri," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Tambah Mazlan, ketika kejadian, ibu mangsa dan seorang pembantu rumahnya berada di rumah tersebut tetapi sempat berbuat apa-apa.
Jelasnya, mangsa mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk manakala suspek kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Hospital Bukit Mertajam.
"Polis menemu sebilah pisau yang dipercayai senjata yang digunakan oleh suspek di dalam rumah terbabit.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana dibunuh," katanya.
Seorang maut, dua cedera kereta terlanggar pokok
Menghasut: Adam Adli direman lima hari
Dua peserta konvoi motosikal maut kemalangan
Tiga rentung dalam dua kejadian kebakaran
Pergaduhan di balai: Penduduk diminta tidak panik
Perluaskan URB di pinggir dan luar bandar - Lam Thye
Pekerja Bangladesh cedera ditetak pekerja Vietnam
2 cedera serangan di balai polis
Mati dibelasah suami
Adam Adli ditahan menghasut
Buru Geng Susu Kangkang berdasarkan CCTV
Kelar leher: Polis terus buru suspek
Suspek kes bunuh pegawai Kastam bebas dengan jaminan
Demi dadah dan wang
Dua termasuk anggota polis cedera ditetak di Labis
Polis terus buru suspek kes kelar leher pemuda
Adam Adli ditahan di bawah Akta Hasutan
Wanita mati dipercayai dipukul suami
Naluri ibu selamatkan anaknya daripada kebakaran
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









