VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 01/02/2013

Tahanan polis mati ketika dirawat di Hospital Temerloh

TEMERLOH 1 Feb. - Seorang lelaki yang dalam tahanan polis kerana disyaki terbabit dalam kes samun, mati ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS) di sini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kematian lelaki berusia 43 tahun itu diklasifikasi sebagai mati mengejut selepas mengalami sesak nafas dan berlaku pendarahan dalaman, kesan daripada penyalahgunaan dadah.

"Mohd Ropi Yaakob disahkan mati pada pukul 5.50 petang semalam. Dia ditahan di lokap polis Temerloh sejak 24 Jan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat pihak hospital, mendapati lelaki itu mati akibat "upper gastrointestinal bleeding" (pendarahan gastrousus).

"Pemeriksaan terhadap mayat si mati turut dilakukan Majistret Temerloh Najwa Hashim, dan mendapati tiada kesan kecederaan dan tanda-tanda lebam pada badan si mati, serta tidak ada unsur jenayah atau kekerasan," katanya.

Beliau berkata, lelaki itu mengadu sesak nafas semasa dalam lokap pada pukul 4.20 petang semalam dan dia dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Lelaki terbabit ditahan bersama empat lagi lelaki berusia antara 23 dan 48 tahun.

Mohd Ropi yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan, mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan dua kes dadah dan enam kes samun termasuk satu kes cubaan membunuh yang disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.