VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 22/01/2013

Gambar wanita dieksploitasi di laman kelab penyokong murtad

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Seorang wanita yang merupakan pengurus sebuah rumah kebajikan membuat satu laporan polis setelah mendapati gambarnya dimuat naik di laman sosial Facebook kelab penyokong murtad dan dijadikan sasaran kecaman oleh ahli kumpulan terbabit.

Haliza Abdul Halim, 51, yang juga merupakan setiausaha sebuah pertubuhan antimurtad di ibu negara membuat laporan tersebut di Balai Polis Subang Jaya dekat sini pada Sabtu lalu agar pihak berkuasa mengambil tindakan.

Menurut Haliza, beliau 'menyertai' kelab penyokong Murtads in Malaysia and Singapore di Facebook tersebut sejak beberapa minggu lalu dengan tujuan mengetahui serta memantau aktiviti kumpulan itu setelah diberitahu mengenai kegiatan mereka oleh rakan-rakan.

"Pengelola kelab penyokong terbabit mempunyai tujuan menyebarkan pengaruh murtad mereka dan mengganggu kehidupan umat Islam di Malaysia serta Singapura.

"Implikasinya amat teruk bagi umat Islam malah dengan tersiarnya gambar saya ia menimbulkan kekeliruan kepada keluarga dan rakan-rakan saya," katanya ketika ditemui selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dekat sini hari ini.

Menurutnya, sepanjang memantau aktiviti kelab penyokong terbabit beliau mendapati mereka sering menghina Allah dan Rasulullah SAW.

"Mereka menyatakan Nabi Muhammad sebagai seorang yang gila seks kerana mempunyai ramai isteri dan turut menghina Allah dengan pelbagai kata-kata kesat," ujarnya.

Kata Haliza, kumpulan terbabit akhirnya mengetahui 'pergerakan' beliau sebelum mengeluarkan namanya dari senarai kumpulan terbabit.

"Bagaimanapun gambar saya dieksploitasi dan dijadikan sasaran kecaman dengan tujuan provokasi terhadap saya dan umat Islam lain," ujarnya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di laman kelab penyokong tersebut mendapati penyertaan kelab itu terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini dan mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral terhadap golongan itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.