ARKIB : 21/01/2013
Polis klasifikasi kes William sebagai orang hilang - Yahaya
SHAH ALAM 20 Jan. - Polis mengklasifikasikan kes kehilangan seorang kanak-kanak, William Yau Zhen Zhong, 6, di Putra Heights, Subang Jaya pada Rabu lalu sebagai kes orang hilang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, setakat ini pihaknya percaya William tidak diculik kerana tiada sebarang wang tebusan yang diminta daripada pihak keluarga.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan ada individu telah menemui kanak-kanak itu dan menyimpannya.
"Sejak kehilangan William dilaporkan, kita telah berusaha mencarinya di seluruh kawasan Putra Height namun gagal dan usaha mengesan telah diteruskan di kawasan lain.
"Kami juga menerima banyak panggilan daripada orang awam berhubung kes ini dan tiga daripadanya menyatakan mereka ternampak kanak-kanak tersebut tetapi selepas siasatan dijalankan ia tidak benar.
"Kami juga telah mengedarkan gambar mangsa selain mengaktifkan sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak dikenali sebagai talian NUR Alert," katanya di rumah keluarga William itu di Seksyen 25 di sini petang ini.
Turut mengadakan kunjungan ke rumah keluarga mangsa ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Rabu lalu, anak kedua daripada tiga beradik itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights dekat sini apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ. Kanak-kanak itu mempunyai ketinggian 70 sentimeter dan parut pada bahagian kiri dahi.
Sementara itu, Shahrizat memberitahu, pihaknya akan membantu mengedarkan gambar William melalui 22,000 cawangan wanita Barisan Nasional (BN) di seluruh negara bagi membantu mengesan kanak-kanak itu bermula hari ini.
"Kita juga telah menggerakkan Skuad Sayang Wanita UMNO di seluruh negara dalam misi mencari semula kanak-kanak itu," ujar beliau.
Dalam pada itu, bapa mangsa, Yau Kok Kang, 32, pula amat berharap mana-mana individu yang menyimpan serta menjaga William supaya memulangkannya semula ke pangkuan keluarga atau mana-mana lokasi selamat dengan segera.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta menghubungi polis di talian 03-5631 9800, 012-219 7133 atau Kok Kang di 016-969 1616.
Mati dibelasah suami
Adam Adli ditahan menghasut
Buru Geng Susu Kangkang berdasarkan CCTV
Kelar leher: Polis terus buru suspek
Suspek kes bunuh pegawai Kastam bebas dengan jaminan
Dua termasuk anggota polis cedera ditetak di Labis
Polis terus buru suspek kes kelar leher pemuda
Adam Adli ditahan di bawah Akta Hasutan
Wanita mati dipercayai dipukul suami
Naluri ibu selamatkan anaknya daripada kebakaran
Anggota penguatkuasa MPPP samun kedai 24 jam
Suami isteri dalang kegiatan pecah rumah ditahan
Suspek kes tembak kastam bebas atas jaminan polis
Pemuda diserang mati dikelar
2 maut kereta bertembung van
Polis nafi dakwaan tidak ambil tindakan kes pukul penjaja
20 GRO jaja minuman keras ditahan
Dua sahabat maut dalam kemalangan kereta, van
Pemuda mati dikelar leher dalam pergaduhan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









