VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 02/01/2013

Bunuh diri, isteri dan anak

JOHOR BAHRU 1 Jan. - Akibat tidak tahan dengan tekanan hidup, seorang lelaki bukan sahaja membunuh diri malah 'membawa' bersama isteri dan anak lelaki mereka dengan melemaskan diri menggunakan asap di rumahnya di Kampung Jawa, Pengerang hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan, lelaki berusia 60 tahun itu sudah tidak tahan lagi menanggung kesedihan hidup kerana mempunyai isteri dan anak yang menghidapi penyakit Sindrom Down.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Che Mahazan Che Aik berkata, polis menerima maklumat tentang kejadian tersebut kira-kira pukul 10 pagi daripada orang awam.

"Sepasukan anggota polis yang dikejarkan ke tempat kejadian membuat pemeriksaan di rumah itu dan menemukan mayat lelaki tersebut, isterinya yang berusia 57 tahun dan anak lelaki mereka berumur 20-an di dalam bilik tidur rumah mereka.

"Pemeriksaan mendapati ada bau asap di dalam rumah tersebut dan mereka dipercayai mati akibat sesak nafas. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada berlaku unsur jenayah. Bagaimanapun, siasatan terperinci masih dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini.

Sebelum mengambil tindakan nekad membunuh diri, Che Mahazan berkata, lelaki itu pernah memberitahu seorang jirannya bahawa dia ingin membunuh diri kerana hidup dalam kemiskinan dan tekanan.

"Mayat tiga sekeluarga itu dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.