ARKIB : 23/12/2012
Empat beranak rentung dalam kemalangan ngeri di Kemaman
KEMAMAN 23 Dis. - Empat beranak rentung setelah kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres lalu terbakar dalam kemalangan di Kilometer 126 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kemasik di sini awal hari ini.
Kemalangan ngeri itu meragut nyawa seorang guru, Sabirin Sulaiman, 50, dan isterinya Halina Saif@Saib, 40, serta dua anak perempuan mereka Siti Aisyah, 14, dan Siti Khatijah, 12.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi, keempat-empat beranak itu terperangkap di dalam kereta Kia Sephia yang mereka naiki, mengakibatkan kereta itu terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres terbabit yang dinaiki lapan penumpang.
Katanya kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki keluarga terbabit dari arah Kuantan menghala ke Dungun dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh bas berkenaan. - BERNAMA
Misi buru penembak ganas
Kebun durian jadi makmal dadah dibongkar
Geng ragut, curi motosikal tumpas
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Kes bunuh Cinang: 2 suspek bebas, suspek baharu ditahan
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup rokok guna bot pancung
Lima sekeluarga alami detik cemas disamun
Polis tahan suspek utama kes bunuh suri rumah
Maritim Malaysia gagalkan dua cubaan seludup rokok
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Lagi aset Lembaga Wakaf Hindu P. Pinang hilang
Judi: Enam ditahan, 63 komputer dirampas
Tiga maut, dua parah nahas kereta dan lori
Pasukan khas ditubuh buru penjenayah 'koboi'
Mangsa kemalangan sempat hantar SMS kepada abang
Polis arah penganjur himpunan pinda tarikh, lokasi
Polis buru suspek kain pelekat
Gaduh di balai Labis bukan perkauman
Bunuh isteri: Rakan suspek ditahan bantu siasatan polis
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









