ARKIB : 11/12/2012
8 warga Indonesia ditahan rompak kapal tangki
JOHOR BAHARU 11 Dis. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan berjaya menahan lapan lelaki rakyat Indonesia yang sedang merompak sebuah kapal tangki di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, di sini awal hari ini.
Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian ke atas kapal MT Merlion 2 yang sedang berlabuh di kedudukan tiga batu nautika selatan Tanjung Stapa itu, pada pukul 2.30 pagi.
"Kesemua lelaki terbabit yang dipercayai dari Batam, Indonesia menggunakan sebuah bot kayu untuk menghampiri MT Merlion 2 yang sarat membawa muatan minyak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Adon berkata APMM Wilayah Selatan terus menugaskan bot Petir 11 bersama pasukan penyelamat dan tugas khas untuk mengepung kapal terbabit selepas menerima maklumat kejadian daripada ejen kapal tersebut.
Beliau berkata sebuah kapal dan empat bot laju kemudian turut dihantar ke tempat kejadian bagi membantu kerja menyelamat.
Katanya lapan perompak yang bersembunyi di anjungan dan kabin kapal kemudian berjaya ditahan kira-kira pukul 4.15 pagi.
Menurutnya pihaknya percaya terdapat dua lagi rakan perompak terbabit yang berjaya melarikan diri bersama bot kayu yang bergelap itu ketika anggota APMM sedang menghampiri kapal tersebut.
"Pemeriksaan lanjut yang dilakukan menemui sebilah parang yang digunakan mereka untuk merompak. Dua pistol dan beberapa senjata lain dipercayai dicampak ke dalam laut bagi menghilangkan bukti," katanya.
Menurut Adon, terdapat 11 kru rakyat Myanmar dan seorang kru rakyat Singapura di dalam MT Merlion 2 yang didaftarkan di Saint Kitts and Nevis.
Tiga daripada kru berkenaan, katanya mengalami kecederaan di kepala, tangan dan sesak nafas akibat dipukul oleh perompak tersebut dan kesemua mereka dirawat di Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Pengelih, Pengerang.
Katanya kesemua perompak berumur 23 hingga 46 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat APMM Wilayah Selatan di sini untuk siasatan. - BERNAMA
Misi buru penembak ganas
Kebun durian jadi makmal dadah dibongkar
Geng ragut, curi motosikal tumpas
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Kes bunuh Cinang: 2 suspek bebas, suspek baharu ditahan
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup rokok guna bot pancung
Lima sekeluarga alami detik cemas disamun
Polis tahan suspek utama kes bunuh suri rumah
Maritim Malaysia gagalkan dua cubaan seludup rokok
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Lagi aset Lembaga Wakaf Hindu P. Pinang hilang
Judi: Enam ditahan, 63 komputer dirampas
Tiga maut, dua parah nahas kereta dan lori
Pasukan khas ditubuh buru penjenayah 'koboi'
Mangsa kemalangan sempat hantar SMS kepada abang
Polis arah penganjur himpunan pinda tarikh, lokasi
Polis buru suspek kain pelekat
Gaduh di balai Labis bukan perkauman
Bunuh isteri: Rakan suspek ditahan bantu siasatan polis
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









