ARKIB : 27/11/2012
Pembantu rumah dakwa didera majikan
SUNGAI PETANI 26 Nov. - Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa dera dan pukul diselamatkan selepas mangsa melarikan diri dari rumah majikannya di Taman Sejahtera, di sini semalam.
Mangsa, Suryani Abdullah, 21, ditemui jiran majikannya itu dalam keadaan lemah sebelum diserahkan kepada Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) kira-kira pukul 12 tengah hari.
Suryani yang memasuki negara ini melalui agensi pekerja asing mendakwa dipukul di kepala, tangan dan muka kerana dikatakan tidak mematuhi arahan majikannya untuk bangun pagi.
"Majikan mengarahkan saya bangun awal pagi untuk melakukan kerja rumah. Pada malam Jumaat lalu, dia mengarahkan saya bangun pada pukul 5 pagi tetapi keesokannya saya penat dan terlajak tidur hingga pukul 7 pagi.
"Dia tak puas hati dengan penjelasan saya lalu memukul dengan benda tumpul di badan dan muka," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Suryani berkata, sepanjang bekerja dengan majikannya kira-kira empat bulan lalu, dia sering dimarahi, malah diugut untuk dihantar pulang.
"Saya sebelum ini banyak bersabar kerana ingin mencari rezeki membantu keluarga. Namun, kejadian semalam menyebabkan saya tak tahan lagi lalu nekad membawa beg pakaian lari dari rumah," katanya.
Sementara itu, jiran wanita berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Tan memberitahu, dia cuba membawa Suryani untuk mendapatkan rawatan di klinik berdekatan tetapi tidak diterima atas alasan kes polis.
"Saya tak dapat buat apa-apa melainkan menyerahkan kepada CRSM untuk diuruskan," katanya.
Jurucakap CRSM pula berkata, pihaknya telah menghubungi pejabat agensi pekerjaan berkenaan dan menyerahkan kembali pembantu rumah itu untuk tindakan susulan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kes itu.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan mangsa membuat laporan bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Pegawai Rela maut terjatuh dari tingkat 11
Penjenayah dikehendaki polis ditembak mati
Pondan ditemui mati dijerut tali pinggang
Dituduh curi ikan bilis, lelaki maut dibelasah
Kes curi motosikal di Tanah Merah turun 14%
Salah guna lencana polis makin meningkat
500 hilang tempat tinggal
Adik pukul, samun abang kembar
Kumpulan penyamun Amerika Latin tumpas, dua ditahan
Perompak gagal larikan RM50,000
Dua pegawai SPRM antara tiga maut nahas
Pelancong Hong Kong cedera parah, kereta dirempuh kereta api
100 rumah papan terbakar, 500 mangsa terlibat
Perhilitan rampas 3,059 barangan hidupan liar tiruan
Gagal samun RM50,000 seorang suspek mati ditembak
Pelajar sekolah mati selepas dijangkiti kencing tikus
Keputusan tidak boleh berhimpun muktamad - Polis
Laporan siasatan mangsa tertimbus selesai - Polis
2 ugutan: SPRM tingkat keselamatan pegawainya
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










