ARKIB : 26/11/2012
Dua diculik jadi tahanan Abu Sayyaf?
KUALA LUMPUR 25 Nov. - Dua rakyat tempatan yang diculik sekumpulan lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Lahad Datu, Sabah pada dua minggu lalu, dipercayai disembunyikan di lokasi sama yang pernah menempatkan Mohd. Nazarudin Saidin, 39, peniaga cicak tokek yang diculik kumpulan Abu Sayyaf, tahun lalu.
Sumber memberitahu, seorang pengurus ladang bersama penolongnya kini berada di Pulau Jolo, selatan Filipina setelah diserahkan kepada kumpulan Abu Sayyaf oleh kumpulan penculik berkenaan.
Difahamkan, kedua-dua mangsa yang merupakan sepupu itu menjadi tahanan kumpulan sama yang pernah menculik Mohd. Nazarrudin.
"Selepas diculik, kedua-dua mangsa diserahkan kepada kumpulan Abu Sayyaf yang bertanggungjawab menculik Mohd. Nazarrudin di Pulau Jolo," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada Jun lalu, Mohd. Nazarudin dibebaskan setelah lebih setahun diculik kumpulan Abu Sayyaf semasa dia berada di selatan Filipina untuk menguruskan proses pembelian cicak tokek di negara itu.
Selain Mohd. Nazarudin, ada seorang lagi lelaki rakyat Malaysia dikenali sebagai Pang Chong Pong diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf.
Chong Pong yang diculik di Pondohan Lok Angki, Sitangkai di Kepulauan Tawi-Tawi di selatan Filipina pada Oktober tahun lalu sehingga kini masih belum dibebaskan.
Sumber berkata, setakat ini masih belum ada perbincangan mengenai wang tebusan bagi membebaskan mangsa.
"Seperti kes sebelum ini, lagi lama mangsa ditahan kemungkinan untuk wang tebusan meningkat adalah tinggi.
"Tetapi setakat ini, masih belum ada rundingan mengenai wang tebusan dilakukan antara penculik dengan keluarga mangsa," katanya.
Difahamkan juga, kumpulan penjenayah yang bertanggungjawab menculik dua mangsa itu telah lari ke Filipina.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditemui pada Majlis Kempen Kesedaran Jenayah di pusat beli-belah Summit USJ Subang Jaya dekat sini hari ini, enggan mengulas tentang kes penculikan itu tetapi memaklumkan pihak polis sedang berusaha menyelamat mangsa.
Peniaga besi buruk disuntik dadah sebelum disamun
Remaja maut terperosok di bawah lori
3 maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kakitangan hotel maut kereta dirempuh treler
Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang buat laporan polis
Samun: Polis tahan dua warga tempatan, 4 lelaki Indonesia
Geng Botak tumpas di Perak
Tahanan mati akibat sakit dada
Lagi nahas ragut empat nyawa
Nyawa suami, anak-anak terancam
Lelaki mati ditikam sekumpulan lelaki
Budak kahwin perogol disiasat
Sindiket 'bomoh Cina' tumpas
Misi buru penembak ganas
Kebun durian jadi makmal dadah dibongkar
Geng ragut, curi motosikal tumpas
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Kes bunuh Cinang: 2 suspek bebas, suspek baharu ditahan
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup rokok guna bot pancung
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









