ARKIB : 30/10/2012
Tujuh tahanan Puspen Bandar Sri Perani lari, empat diberkas semula
KOTA TINGGI 29 Okt. - Seramai tujuh tahanan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Bandar Sri Perani dekat sini melarikan diri selepas merosakkan pagar salah sebuah blok di situ, kelmarin.
Bagaimanapun hasil maklumat dan bantuan orang ramai, empat daripada mereka berjaya diberkas semula petang ini.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Supritendan Low Hang Seng (gambar), kesemua mereka terlibat berusia antara 22 dan 47 tahun.
Katanya, kejadian disedari pengawal keselamatan yang terdengar bunyi bising semasa membuat rondaan rutin kira-kira pukul 6 pagi.
"Mereka yang masih diburu ialah Mohd. Raziman Rodian yang berasal dari Jengka, Pahang; Rosli Abu dari Batu Pahat dan Mohd. Yusof Ismail dari Johor Bahru, Johor.
"Operasi mencari masih dijalankan. Kita nasihatkan orang ramai agar berhati-hati serta menjaga keselamatan diri dan harta benda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam pada itu, Puspen Bandar Sri Perani menempatkan 149 tahanan kumpulan pertama dan bermula operasi pada 8 Jun 2012 lalu.
Hang Seng turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tahanan yang melarikan diri itu agar menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi talian 07-8837222.
Kematian tahanan ada unsur jenayah
Pekerja hotel maut kereta dirempuh treler
Polis Selangor belum terima notis perhimpunan Sabtu ini
Peniaga besi buruk disuntik dadah sebelum disamun
Remaja maut terperosok di bawah lori
3 maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kakitangan hotel maut kereta dirempuh treler
Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang buat laporan polis
Samun: Polis tahan dua warga tempatan, 4 lelaki Indonesia
Geng Botak tumpas di Perak
Tahanan mati akibat sakit dada
Lagi nahas ragut empat nyawa
Nyawa suami, anak-anak terancam
Lelaki mati ditikam sekumpulan lelaki
Budak kahwin perogol disiasat
Sindiket 'bomoh Cina' tumpas
Misi buru penembak ganas
Kebun durian jadi makmal dadah dibongkar
Geng ragut, curi motosikal tumpas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









