ARKIB : 15/10/2012
Seorang anggota KK Merah ditembak mati
TEMERLOH 14 Okt. - Polis menembak mati seorang anggota kumpulan 'KK Merah' yang amat dikehendaki kerana sering melakukan rompakan dan samun bersenjata di beberapa daerah di negeri ini selepas berbalas tembakan di ladang kelapa sawit Sanggang, dekat sini awal pagi ini.
Kejadian pukul 1.30 petang itu berlaku ketika sepasukan anggota peronda cegah jenayah mengesan sebuah kereta Proton Waja dalam keadaan mencurigakan berhampiran lampu isyarat dekat Plaza Tol Temerloh sebelum mengarahkan pemandunya berhenti.
Ketua Polis Pahang, Datuk Shahrifuddin Ab. Ghani berkata, walau bagaimanapun suspek yang berseorangan enggan berbuat demikian sebaliknya bertindak memecut ke arah Jerantut.
"Pasukan polis kemudian mengejar kereta itu sehingga memasuki kawasan ladang sawit Sanggang sebelum kenderaan itu terbabas.
"Anggota polis yang menghampiri kereta untuk membuat pemeriksaan namun terdengar bunyi tembakan lalu membalasnya.
"Selepas tiada lagi tembakan, polis membuat pemeriksaan dan mendapati seorang lelaki mati di tempat duduk pemandu yang dipercayai terkena tembakan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, hasil siasatan mendapati suspek, Muhamad Azirywan Mohd. Azlan, 21, yang juga seorang penganggur beralamat di Perkampungan Cenderawasih, Kuantan, dikehendaki kerana terlibat dalam lapan kes samun dan rompakan bersenjata sejak 8 Julai lalu.
Katanya, kereta digunakan itu juga adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Sungai Buloh, Selangor pada Ogos lalu dan menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Sharifuddin memberitahu, polis turut menemukan sepucuk pistol jenis Smith & Wesson 3.8, tiga butir peluru hidup, tiga kelonsong peluru, sebuah komputer riba, sebilah parang dan satu ketulan mampat daun kering yang dipercayai ganja.
"Hasil siasatan mendapati penjenayah terbabit telah melakukan samun dan rompakan bersenjata di daerah Temerloh, Kuantan, Bentong, Maran dan Sungai Buloh.
"Suspek dipercayai melakukan samun menggunakan kekerasan dan membunuh mangsa bersama dengan tiga lagi rakannya," ujarnya.
Jelasnya, dua rakannya yang masih bebas ialah Mohd. Hairie Abdul Jalil, 28, beralamat No. 21, Kampung Tebing Tinggi, Temerloh dan Mohd. Ridzuan Khaidir, 22.
"Seorang lagi anggota kumpulan tersebut ditahan polis Maran pada 7 Oktober lalu berusia 16 tahun," katanya.
Gaduh di balai Labis bukan perkauman
Bunuh isteri: Rakan suspek ditahan bantu siasatan polis
Kecoh majlis dialog: Polis terima empat laporan
Wanita maut kereta dipandu suami bertembung van
4 maut dalam nahas babitkan 4 kenderaan di MRR2
Dua mayat ditemui terapung di perairan Pulau Pinang
Seorang maut, dua cedera kereta terlanggar pokok
Menghasut: Adam Adli direman lima hari
Dua peserta konvoi motosikal maut kemalangan
Tiga rentung dalam dua kejadian kebakaran
Pergaduhan di balai: Penduduk diminta tidak panik
Perluaskan URB di pinggir dan luar bandar - Lam Thye
Pekerja Bangladesh cedera ditetak pekerja Vietnam
2 cedera serangan di balai polis
Mati dibelasah suami
Adam Adli ditahan menghasut
Buru Geng Susu Kangkang berdasarkan CCTV
Kelar leher: Polis terus buru suspek
Suspek kes bunuh pegawai Kastam bebas dengan jaminan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









