ARKIB : 15/09/2012
Ditemui terbaring berlumuran darah di tingkat bawah rumah
Peniaga, rakan wanita dibunuh
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Seorang pemilik kedai tayar dan rakan wanitanya ditemui mati dibunuh dalam satu kejadian samun di rumahnya di Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, peniaga itu, Leong Kian Sheong, 37, ditemui terbaring bersama Vivien Wong, 20, oleh rakannya dalam keadaan berlumuran darah di bilik bacaan di tingkat bawah rumah tersebut pada pukul 10.30 malam.
Katanya, Kian Sheong sebelum itu telah dihubungi beberapa kali sejak pagi semalam tetapi tidak berjawab sehinggalah rakannya pergi ke rumah mangsa.
"Pemeriksaan polis di rumah terbabit mendapati terdapat kesan selongkar dan dipercayai jam tangan, barang kemas dan wang tunai milik mangsa telah dilarikan.
"Dua kenderaan jenis BMW dan Toyota Vellfire milik mangsa turut dilarikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ab. Rashid berkata, kedua-dua mangsa yang mengalami beberapa kesan kecederaan pada badan dipercayai dibunuh pagi semalam tetapi hanya disedari malam tadi.
"Polis turut menemui senjata tajam yang digunakan di kediaman itu," katanya sambil memberitahu telah merakam keterangan beberapa kenalan rapat mangsa termasuk pengawal peribadi Kian Sheong.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah ketika ditemui pemberita dalam satu majlis di sini hari ini berkata, polis menyiasat kaitan kes itu dengan penemuan mayat seorang ahli perniagaan, Won Sin Keong di Batu 5 1/2, Bangi, Isnin lalu.
Katanya, walaupun Sin Keong adalah rakan kepada Kian Sheong, tetapi pihak polis percaya kedua-dua kes itu tidak mempunyai kaitan.
"Buat masa ini, tiada bukti dapat mengaitkan kedua-dua kes itu tetapi siasatan menyeluruh masih diteruskan yang juga menjurus kepada latar belakang mangsa.
"Polis juga menyiasat motif pembunuhan dan hubungan antara Kian Sheong dan seorang lagi rakan wanitanya yang turut ditemui mati bersamanya," katanya.
Dalam kejadian Isnin lalu, Sin Keong, yang juga pemilik kilang besi dan perabot ditemui mati berhampiran kereta BMW miliknya akibat dijerut.
Kata Mohd. Adnan, setakat ini tiada tangkapan dibuat berhubung kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu.
Pasukan Khas Bukit Aman siasat kematian tahanan dalam lokap
Tamrin Ghafar turut ditahan di bawah Akta Hasutan
Tian Chua, Harris Ibrahim ditahan polis
Enam ditahan, barang samun RM200,000 dirampas
Kematian tahanan ada unsur jenayah
Pekerja hotel maut kereta dirempuh treler
Polis Selangor belum terima notis perhimpunan Sabtu ini
Peniaga besi buruk disuntik dadah sebelum disamun
Remaja maut terperosok di bawah lori
3 maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kakitangan hotel maut kereta dirempuh treler
Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang buat laporan polis
Samun: Polis tahan dua warga tempatan, 4 lelaki Indonesia
Geng Botak tumpas di Perak
Tahanan mati akibat sakit dada
Lagi nahas ragut empat nyawa
Nyawa suami, anak-anak terancam
Lelaki mati ditikam sekumpulan lelaki
Budak kahwin perogol disiasat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









