ARKIB : 11/09/2012
Saksi serah rakaman video lelaki acu pistol kepada polis
JASIN 10 Sept. - Saksi yang merakam video pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacu pistol ke arah orang awam hari ini tampil menyerahkan bukti rakaman video dan memberi keterangan kepada pihak polis.
Pemuda berusia 29 tahun yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin kira-kira pukul 6 petang untuk menyerahkan video berkenaan yang dimuatkan dalam peranti storan media (pendrive).
Dia yang enggan dikenali berkata, video itu dirakam sendiri menggunakan telefon bimbit ketika secara kebetulan berada di tempat kejadian.
"Video ini adalah asli dan saya rakamkan sendiri semasa berada di tempat kejadian Sabtu lepas. Saya serahkan bukti rakaman video berkaitan kejadian tersebut untuk membantu pihak polis membuat siasatan lebih terperinci," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan video tersebut di IPD Jasin, di sini hari ini.
Menurutnya, pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan dan akan menjalankan siasatan lanjut mengenainya.
"Ini adalah kali kedua saya membuat laporan di sini (IPD Jasin) setelah kali pertama melaporkannya pukul 8 malam pada Sabtu lalu.
"Penyerahan kesemua bahan bukti dengan durasi selama empat minit ini diharap memudahkan kerja polis dalam menyiasat kes berkenaan.
"Diharap agar pihak polis dapat menahan semula suspek setelah meneliti video berkenaan yang jelas menunjukkan suspek membawa ancaman kepada orang awam," jelasnya.
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima bukti video berkenaan dan rakaman itu akan diteliti sebelum siasatan lanjut dilakukan.
Nyawa suami, anak-anak terancam
Lelaki mati ditikam sekumpulan lelaki
Budak kahwin perogol disiasat
Sindiket 'bomoh Cina' tumpas
Misi buru penembak ganas
Kebun durian jadi makmal dadah dibongkar
Geng ragut, curi motosikal tumpas
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Kes bunuh Cinang: 2 suspek bebas, suspek baharu ditahan
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup rokok guna bot pancung
Lima sekeluarga alami detik cemas disamun
Polis tahan suspek utama kes bunuh suri rumah
Maritim Malaysia gagalkan dua cubaan seludup rokok
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Lagi aset Lembaga Wakaf Hindu P. Pinang hilang
Judi: Enam ditahan, 63 komputer dirampas
Tiga maut, dua parah nahas kereta dan lori
Pasukan khas ditubuh buru penjenayah 'koboi'
Mangsa kemalangan sempat hantar SMS kepada abang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









