VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 31/08/2012

Isyarat gejala sosial berleluasa di Kelantan

KOTA BHARU 30 Ogos - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan kejadian ragut dan tetak yang menimpa seorang wanita di Kota Bharu, semalam adalah isyarat jelas gejala sosial di negeri ini semakin parah.

Katanya, ia juga ekoran pengambilan bahan terlarang seperti pil kuda dan ekstasi secara berleluasa terutama di kalangan generasi muda negeri ini, sekali gus menyebabkan mereka bertindak melampaui batas.

"Manusia yang akalnya sudah tidak waras sanggup membunuh sehingga mendapat apa yang dihajatinya, mereka sanggup berbuat apa sahaja dan memandang orang lain pula seumpama haiwan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian yang menimpa ibu dua anak, Rohairani Abdullah, 36, yang ditetak tangan kirinya hingga hampir putus oleh peragut yang cuba menarik begnya di Jalan Sultanah Zainab, di sini semalam.

Mohamad Shukri berkata, kejadian seperti itu juga berlaku disebabkan sikap tidak ambil peduli masyarakat tentang kesusahan orang lain sedangkan dalam Islam usaha 'melepaskan' seseorang yang sedang ditimpa kezaliman dianggap ibadat.

Katanya, biarpun menolong mangsa yang sedang diugut dengan senjata berbahaya adalah berisiko namun jika ramai yang tampil membantu penjenayah tersebut pastinya tidak berani melakukan sesuatu yang mengancam nyawa.

"Namun hari ini, kita lihat lebih ramai yang suka menjadi pemerhati kepada kejadian jenayah yang sedang berlaku di depan mata mereka.

"Sudah tentu berbahaya jika kita menolong berseorangan, tetapi jika bilangan kita ramai, saya percaya penjenayah tidak akan berani berbuat sesuatu sehingga ke tahap menetak mangsa," katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai lebih mementingkan keselamatan diri daripada harta apabila berhadapan penjenayah kerana nyawa dan keselamatan mereka adalah lebih utama.

"Jangan kerana hendak pertahankan harta, nyawa kita pula terancam, pada saat seperti itu kita sepatutnya melepaskan harta yang dijaga, biarlah beg diragut atau terlepas demi mengelak kecederaan," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.