ARKIB : 28/08/2012
Polis dedah gambar suspek tikam abang ipar
MELAKA 27 Ogos - Polis mencari seorang lelaki berusia 41 tahun bagi membantu siasatan dalam kes tikam abang iparnya sehingga menyebabkan kematian di sebuah rumah di Kampung Serkam Pantai di sini minggu lalu.
Usaha mengesan lelaki yang dikenali sebagai Khairul Nordin itu telah dilakukan sejak minggu lalu, namun sehingga kini masih gagal dikesan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan R. Gunarajan berkata, sehingga pagi ini lelaki yang bekerja sebagai seorang pemandu di jabatan kerajaan di Putrajaya itu masih belum ditangkap.
"Dia (suspek) didapati tidak datang ke tempat kerja pada hari ini iaitu hari yang sepatutnya dia hadir bekerja.
"Dia yang sebelum ini tinggal di Dengkil, Selangor didapati tidak balik ke rumah dan kita percaya dia masih lagi bersembunyi.
"Kita mohon dia supaya menyerah diri bagi membolehkan siasatan diteruskan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini hari ini.
Dalam pada itu, polis turut menyiarkan gambar lelaki tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka 06-285 4222.
Sementara itu, kata Gunarajan, polis menangkap seorang lelaki yang merupakan suspek kes cubaan melarikan wang dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Bachang minggu lalu.
Kata beliau, lelaki berusia 22 tahun itu ditangkap di rumahnya di Telok Mas di sini pada pukul 11.45 malam 24 Ogos lalu.
"Suspek merupakan bekas pengawal keselamatan itu direman selama seminggu bermula kelmarin," ujarnya.
Kata Gunarajan, polis percaya lelaki tersebut merupakan orang yang sama melakukan cubaan pecah mesin ATM dan pecah kedai menjual telefon di premis yang sama pada hari kejadian.
Gunarajan berkata, lelaki yang menyamar menggunakan tudung itu dipercayai telah melarikan kad sim dan 10 telefon bimbit.
Pasukan Khas Bukit Aman siasat kematian tahanan dalam lokap
Tamrin Ghafar turut ditahan di bawah Akta Hasutan
Tian Chua, Harris Ibrahim ditahan polis
Enam ditahan, barang samun RM200,000 dirampas
Kematian tahanan ada unsur jenayah
Pekerja hotel maut kereta dirempuh treler
Polis Selangor belum terima notis perhimpunan Sabtu ini
Peniaga besi buruk disuntik dadah sebelum disamun
Remaja maut terperosok di bawah lori
3 maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kakitangan hotel maut kereta dirempuh treler
Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang buat laporan polis
Samun: Polis tahan dua warga tempatan, 4 lelaki Indonesia
Geng Botak tumpas di Perak
Tahanan mati akibat sakit dada
Lagi nahas ragut empat nyawa
Nyawa suami, anak-anak terancam
Lelaki mati ditikam sekumpulan lelaki
Budak kahwin perogol disiasat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









