ARKIB : 27/08/2012
Dua pengawal ditembak mati
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Dua pengawal sebuah kelab malam mati ditembak dalam pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy di sini awal pagi ini.
Kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, dipercayai berpunca apabila kedua-dua mangsa melarang sekumpulan lelaki untuk masuk ke pusat hiburan tersebut berikutan waktu operasinya hampir tamat.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, salah seorang suspek kemudian bertindak ganas lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.
"Tembakan itu mengenai kepala Mohd. Akmal Gemain dan bahagian rusuk kiri Mohd. Nor Firdaus Rashid, kedua-duanya berusia 21 tahun.
"Seorang mangsa mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mayat kedua-dua mangsa dibedah siasat di HKL," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, beberapa orang awam yang berada berhampiran pusat hiburan tersebut turut cedera di tangan dan jari dalam kejadian itu kerana dipercayai terkena serpihan tembakan.
"Selepas melepaskan tembakan, kesemua suspek melarikan diri dengan sebuah kereta. Polis masih memburu kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian itu," katanya lagi.
Menurut Zainuddin, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Misi buru penembak ganas
Kebun durian jadi makmal dadah dibongkar
Geng ragut, curi motosikal tumpas
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Kes bunuh Cinang: 2 suspek bebas, suspek baharu ditahan
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup rokok guna bot pancung
Lima sekeluarga alami detik cemas disamun
Polis tahan suspek utama kes bunuh suri rumah
Maritim Malaysia gagalkan dua cubaan seludup rokok
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Lagi aset Lembaga Wakaf Hindu P. Pinang hilang
Judi: Enam ditahan, 63 komputer dirampas
Tiga maut, dua parah nahas kereta dan lori
Pasukan khas ditubuh buru penjenayah 'koboi'
Mangsa kemalangan sempat hantar SMS kepada abang
Polis arah penganjur himpunan pinda tarikh, lokasi
Polis buru suspek kain pelekat
Gaduh di balai Labis bukan perkauman
Bunuh isteri: Rakan suspek ditahan bantu siasatan polis
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









