ARKIB : 23/08/2012
Dalang samun wang mesin ATM
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Polis percaya beberapa kes kejadian pecah dan samun wang mesin pengeluaran automatik (ATM) di sekitar Lembah Klang sejak kebelakangan ini didalangi oleh dua kumpulan penjenayah dianggotai kakitangan syarikat keselamatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, berdasarkan modus operandi perompak, pihaknya yakin ia dilakukan oleh individu yang mempunyai kemahiran tentang pengendalian mesin ATM dan sistem keselamatan di bank.
Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya percaya kakitangan syarikat keselamatan mempunyai kaitan dengan kes-kes yang dilaporkan dan ia terbukti dengan tangkapan dua pekerja syarikat keselamatan dalam kes cubaan samun mesin ATM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi di Kajang pada 15 Ogos lalu.
"Melihat bagaimana cara mereka melakukan jenayah ini, kita percaya penjenayah terlibat dalam kes ini adalah orang dalam iaitu kakitangan syarikat keselamatan sendiri.
"Sebab itu, mereka tahu wayar mana pada alat penggera yang patut dipotong, menyembur cat hitam pada kamera litar tertutup (CCTV) dan bila wang dibawa masuk dengan banyak dalam ATM," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Chin Wah berkata, siasatan mendapati terdapat dua kumpulan penjenayah terlibat melakukan kegiatan pecah dan samun mesin ATM di sekitar Lembah Klang setakat ini.
Beliau berkata, dakwaan sebelum ini mengatakan kes-kes tersebut dilakukan oleh Geng Oxy adalah tidak benar dan tanggapan itu mungkin disebabkan penjenayah menggunakan gas Oxy-acetylene untuk memecah ATM tersebut.
Katanya, hanya satu kejadian samun ATM dilaporkan berlaku di ibu negara sepanjang musim perayaan ini iaitu pada hari raya pertama di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).
Dalam perkembangan lain, Chin Wah berkata, polis percaya remaja lelaki yang diburu kerana disyaki membakar teman wanitanya, Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, sehingga menyebabkan mangsa koma di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju di sini pada awal pagi 13 Ogos lalu masih berada di sekitar ibu negara.
"Kita percaya suspek masih berada di kawasan sekitar dan usaha menjejakinya sedang giat dijalankan.
"Suspek juga tidak pulang ke rumah pada hari raya dan polis sudah mengambil keterangan daripada beberapa saksi untuk membantu siasatan," katanya sambil memberitahu keadaan mangsa pula tiada perkembangan dan masih koma.
Misi buru penembak ganas
Kebun durian jadi makmal dadah dibongkar
Geng ragut, curi motosikal tumpas
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Kes bunuh Cinang: 2 suspek bebas, suspek baharu ditahan
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup rokok guna bot pancung
Lima sekeluarga alami detik cemas disamun
Polis tahan suspek utama kes bunuh suri rumah
Maritim Malaysia gagalkan dua cubaan seludup rokok
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Lagi aset Lembaga Wakaf Hindu P. Pinang hilang
Judi: Enam ditahan, 63 komputer dirampas
Tiga maut, dua parah nahas kereta dan lori
Pasukan khas ditubuh buru penjenayah 'koboi'
Mangsa kemalangan sempat hantar SMS kepada abang
Polis arah penganjur himpunan pinda tarikh, lokasi
Polis buru suspek kain pelekat
Gaduh di balai Labis bukan perkauman
Bunuh isteri: Rakan suspek ditahan bantu siasatan polis
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









