ARKIB : 18/08/2012
Sathiskumar lima tahun dipercayai diculik
PULAU PINANG 17 Ogos - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilaporkan hilang sejak sembilan hari lalu di Permatang Pauh di sini.
T. Sathiskumar (gambar) hilang dan gagal dikesan semasa keluar bersama datuk dan bapa tirinya ketika dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kehilangan mangsa dilaporkan kepada polis oleh ibunya, K. Parwathy, 28, pada Ahad lalu.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu hilang dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam untuk menghantar bekalan jus minuman, memandangkan bapa tiri mangsa bekerja sebagai seorang pemandu lori.
“Dalam perjalanan Sathiskumar bersama datuk dan bapa tirinya telah singgah di sebuah restoran di Permatang Pauh dan datuknya turun untuk membeli nasi sebelum mendapati mangsa hilang.
“Bapa tiri kanak-kanak itu memaklumkan mangsa meminta RM1 daripadanya dan turun dari lori pergi ke arah datuknya," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
Mazlan berkata, sehingga hari ini tiada mana-mana pihak atau individu menghubungi keluarga kanak-kanak itu dan pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk mengesan mangsa.
“Setakat ini, tiada sebarang maklumat mengenai mangsa dan kes ini dikategorikan sebagai culik mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu boleh menghubungi Inspektor Mohd. Ehsan Abu Bakar 012- 2494002 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Adik pukul, samun abang kembar
Kumpulan penyamun Amerika Latin tumpas, dua ditahan
Perompak gagal larikan RM50,000
Dua pegawai SPRM antara tiga maut nahas
Pelancong Hong Kong cedera parah, kereta dirempuh kereta api
100 rumah papan terbakar, 500 mangsa terlibat
Perhilitan rampas 3,059 barangan hidupan liar tiruan
Gagal samun RM50,000 seorang suspek mati ditembak
Pelajar sekolah mati selepas dijangkiti kencing tikus
Keputusan tidak boleh berhimpun muktamad - Polis
Laporan siasatan mangsa tertimbus selesai - Polis
2 ugutan: SPRM tingkat keselamatan pegawainya
Pelatih PLKN Sri Ledang lahir bayi dalam tandas
Pekebun rugi RM60,000 ditipu seorang lelaki
38 GRO warga asing ditahan di Sunway Mentari
Remaja 15 tahun ditahan
Tiga penjenayah ditahan selepas samun dua kedai
Halimah diminta serah diri
Geng curi kereta, pecah rumah tumpas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










