ARKIB : 09/08/2012
Kanak-kanak putus pergelangan tangan tersepit mesin tebu
BALING 8 Ogos - Sambutan hari raya tahun ini sudah pasti berbeza buat Mohd. Hafiz Haikal Shaharudin, 5, yang putus pergelangan tangan kanannya akibat tersepit mesin tebu.
Kejadian kira-kira 4.30 petang 31 Julai lepas itu sama sekali tidak diduga.
Ibunya, Siti Aishah Mohamad Sidek, 33, singgah di sebuah gerai menjual air tebu di Jalan Kampung Sungai Limau dekat sini untuk membeli air tebu kerana anak bongsu daripada empat beradik itu hendak minum air tebu.
Siti Aishah berkata, dia memberhentikan kereta di tepi jalan manakala Mohd Hafiz Haikal dan anak keduanya, Nurul Intan Safira menunggu dalam kereta.
Ketika ibunya sedang berurusan membeli air tebu, mangsa keluar dari kereta dan memegang mesin yang sedang memerah batang tebu menyebabkan tangan kanannya tersepit.
Usaha mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit di bahagian pergelangan tangan dilakukan lebih 30 minit dengan bantuan orang ramai yang berada di sekitar gerai itu.
Akibat kejadian itu, pergelangan tangan Mohd Hafiz Haikal terpaksa dipotong di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani kerana hancur.
Berikutan itu mangsa terpaksa menerima rawatan lebih seminggu sebelum dibenar keluar petang semalam.
Ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Banggol, Asam Jawa di sini, bapa kanak-kanak itu, Shaharudin Ismail, 33, seorang pekerja kampung, berkata dia sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
"Saya berharap ada pihak terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat membantu mendapatkan tangan palsu untuk anak saya," katanya.
Sementara itu, Aishah berkata, dia menerima kejadian itu sebagai takdir dan ujian kepada keluarganya sempena bulan Ramadan ini.
Mohd Hafiz Haikal memerlukan rawatan susulan di HSAH setiap minggu. - BERNAMA
Pasukan Khas Bukit Aman siasat kematian tahanan dalam lokap
Tamrin Ghafar turut ditahan di bawah Akta Hasutan
Tian Chua, Harris Ibrahim ditahan polis
Enam ditahan, barang samun RM200,000 dirampas
Kematian tahanan ada unsur jenayah
Pekerja hotel maut kereta dirempuh treler
Polis Selangor belum terima notis perhimpunan Sabtu ini
Peniaga besi buruk disuntik dadah sebelum disamun
Remaja maut terperosok di bawah lori
3 maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kakitangan hotel maut kereta dirempuh treler
Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang buat laporan polis
Samun: Polis tahan dua warga tempatan, 4 lelaki Indonesia
Geng Botak tumpas di Perak
Tahanan mati akibat sakit dada
Lagi nahas ragut empat nyawa
Nyawa suami, anak-anak terancam
Lelaki mati ditikam sekumpulan lelaki
Budak kahwin perogol disiasat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









