ARKIB : 08/08/2012
Geng 'Hassan Budu' tumpas
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Polis menumpaskan satu sindiket curi kenderaan diketuai penjenayah yang sangat dikehendaki, 'Hassan Budu' yang aktif di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini dengan penahanan 13 individu termasuk dua wanita dalam serbuan di Pahang, Terengganu dan Kelantan, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, tangkapan pertama membabitkan sepasang kekasih berusia 30 dan 34 tahun ketika mereka cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis berhampiran Bulatan Kepong di sini Rabu lalu.
"Semasa ditahan, mereka bertindak melarikan diri dan polis mengejar mereka. Bagaimanapun pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang dinaiki mereka terbabas mengakibatkan tiga tayarnya pecah berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Segambut.
"Hasil siasatan mendapati mereka terlibat dalam kes curi kenderaan dan pasukan polis mengatur strategi bagi mengesan ahli kumpulan terbabit hingga berjaya menangkap 11 suspek lain serta merampas 11 kenderaan di Pahang, Terengganu dan Kelantan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini hari ini.
Katanya, kesemua kenderaan yang dirampas itu terdiri daripada lima Proton, Perodua (2) dan masing-masing sebuah Mitsubishi Pajero, Toyota Vios, Honda Civic dan Naza Ria yang bernilai kira-kira RM300,000.
Ekoran penangkapan itu, katanya, polis kini memburu seorang lelaki disyaki sebagai perancang utama kumpulan itu iaitu Samsul Bahari Awang Noh, 39, atau dikenali dengan panggilan 'Hassan Budu' yang bertindak sebagai pembeli kenderaan dicuri.
"Lelaki itu berasal dari Jerteh, Terengganu dan mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan curi kenderaan," ujarnya.
Menurutnya, hasil siasatan juga mendapati kumpulan itu disertai lebih 15 orang dengan setiap seorang mempunyai peranan masing-masing seperti mekanik, pembeli dan pembekal kenderaan.
Menurut Zakaria, kumpulan tersebut menyasarkan kenderaan jenis Proton, Mitsubishi Pajero dan Honda Civic kerana kenderaan itu mendapat permintaan tinggi daripada pembeli.
"Selepas dicuri, kenderaan tersebut akan dihantar ke sebuah bengkel di Jerteh, Terengganu dan Melor, Kelantan untuk diubah suai nombor casis dan enjin sebelum dijual kepada pembeli," ujarnya.
Katanya, kesemua suspek kini direman sehingga 7 Julai dan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan manakala kereta yang dirampas akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk proses mengesan semula nombor casis dan enjin asal kenderaan itu.
Misi buru penembak ganas
Kebun durian jadi makmal dadah dibongkar
Geng ragut, curi motosikal tumpas
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Kes bunuh Cinang: 2 suspek bebas, suspek baharu ditahan
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup rokok guna bot pancung
Lima sekeluarga alami detik cemas disamun
Polis tahan suspek utama kes bunuh suri rumah
Maritim Malaysia gagalkan dua cubaan seludup rokok
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Lagi aset Lembaga Wakaf Hindu P. Pinang hilang
Judi: Enam ditahan, 63 komputer dirampas
Tiga maut, dua parah nahas kereta dan lori
Pasukan khas ditubuh buru penjenayah 'koboi'
Mangsa kemalangan sempat hantar SMS kepada abang
Polis arah penganjur himpunan pinda tarikh, lokasi
Polis buru suspek kain pelekat
Gaduh di balai Labis bukan perkauman
Bunuh isteri: Rakan suspek ditahan bantu siasatan polis
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









