ARKIB : 07/08/2012
Mati ditindih lapan suspek
BUKIT MERTAJAM 6 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menjadi mangsa satu ritual aneh apabila ditindih sehingga mati oleh lapan orang dewasa yang terdiri daripada ahli keluarga dan pembantu rumahnya, malam tadi.
Kejadian menyayat hati itu berlaku di sebuah rumah dua tingkat milik keluarga itu di Taman Bukit Minyak, Bukit Tengah dekat sini yang dipercayai bermula sejak pukul 2 pagi semalam.
Mangsa yang identitinya dirahsiakan polis disyaki mati kerana tidak boleh bernafas dan kejadian itu hanya disedari bapa saudara kanak-kanak berkenaan yang berkunjung ke rumah tersebut.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab. Lah berkata, lelaki itu curiga apabila mendapati pintu utama rumah berkenaan tidak berkunci manakala keadaan di dalamnya pula gelap.
Katanya, hasil pemeriksaan lelaki itu mendapati pintu bilik utama di tingkat atas rumah berkenaan berkunci dan penghuni di dalamnya pula enggan membuka pintu.
"Dia menghubungi polis dan sepasukan anggota yang bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 10 malam, terpaksa memecah pintu bilik rumah tersebut.
"Polis kemudian mendapati seorang kanak-kanak sedang ditindih oleh kesemua suspek yang dalam keadaan berselimut.
"Siasatan mendapati kanak-kanak itu ditindih sejak pukul 2 pagi semalam sehingga ditemui pada malamnya," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Sementara itu, polis telah mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu ke atas kesemua suspek iaitu lima wanita dan tiga lelaki di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini pagi ini.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Arif Mohamed Shariff.
Remaja 15 tahun ditahan
Tiga penjenayah ditahan selepas samun dua kedai
Halimah diminta serah diri
Geng curi kereta, pecah rumah tumpas
Laman sesawang www.jiwang.org dihalang daripada diakses
Polis buru empat lelaki
2 stesen minyak disamun kurang sejam
2 maut, 4 parah dalam kemalangan
10 lanun rompak kapal minyak
MPK serbu pusat hiburan haram
Pemilik web jiwang.org ditahan
Jenazah 3 beradik lemas dikebumi satu liang lahad
Usahawan Bangladesh diculik rakan senegara
Sindiket parcel tumpas, 4 rakyat Afrika ditahan
Merusuh: Polis cari 4 lelaki
Sindiket palsu cek libatkan RM1 juta tumpas, 2 ditahan
Hotel disamun 6 lelaki bersenjata parang
3 penjenayah ditangkap sembunyi atas siling
Peneroka belasah 3 pencuri besi termasuk wanita
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










