ARKIB : 05/08/2012
Pelajar dibelasah senior
KOTA TINGGI 4 Ogos - Gara-gara menegur sekumpulan pelajar membuat bising, seorang pelajar di sebuah sekolah asrama di Bandar Penawar dekat sini, dibelasah sekumpulan senior sehingga pengsan dan lebam di seluruh badan pada Khamis lalu.
Menurut pelajar tingkatan lima itu, Mohd. Amirul Mukmin Mohd Yusmiza, 17, kejadian pada pukul 1 pagi itu bermula apabila dia dikejutkan seorang pelajar yang tidak dikenali yang memberitahu ada pelajar senior mahu berjumpa dengannya.
"Ketika itu saya tidak terfikir akan dipukul tambahan pula saya masih dalam keadaan separuh sedar. Sebaik sahaja sampai di bilik pelajar berkenaan, salah seorang pelajar senior yang ada di situ bertanyakan soalan sebelum kira-kira tujuh atau lapan orang daripada mereka memukul saya bertubi-tubi.
"Akibat terkena pukulan di kepala saya terus pengsan dan tidak sedarkan diri. Saya juga tidak tahu siapa membawa saya pulang ke bilik kerana sejurus sedar, rakan sebilik sedang bersiap-siap untuk bersahur," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Bandar Penawar, di sini semalam.
Menurut Mohd. Amirul, sebelum kejadian dia ada menegur sekumpulan pelajar junior yang membuat bising sehingga mengganggu mereka yang lain mahu tidur tetapi tidak menyangka insiden itu boleh melibatkan pelajar senior sehingga dia dipukul.
Ibu mangsa, Norakma Mohidin, 40, berkata, Mohd. Amirul tidak pernah terlibat dengan masalah seumpama ini sejak belajar di sekolah asrama tersebut dan insiden yang berlaku menyebabkan dia dan suami berasa bimbang kerana mereka menetap di Muadzam Shah, Pahang.
Bapanya, Mohd. Yusmiza Mohd. Yunus, 41, pula mengharapkan pengajaran setimpal diberikan kepada mereka yang terlibat.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Che Mahazan Che Aik ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Mati dibelasah suami
Adam Adli ditahan menghasut
Buru Geng Susu Kangkang berdasarkan CCTV
Kelar leher: Polis terus buru suspek
Suspek kes bunuh pegawai Kastam bebas dengan jaminan
Dua termasuk anggota polis cedera ditetak di Labis
Polis terus buru suspek kes kelar leher pemuda
Adam Adli ditahan di bawah Akta Hasutan
Wanita mati dipercayai dipukul suami
Naluri ibu selamatkan anaknya daripada kebakaran
Anggota penguatkuasa MPPP samun kedai 24 jam
Suami isteri dalang kegiatan pecah rumah ditahan
Suspek kes tembak kastam bebas atas jaminan polis
Pemuda diserang mati dikelar
2 maut kereta bertembung van
Polis nafi dakwaan tidak ambil tindakan kes pukul penjaja
20 GRO jaja minuman keras ditahan
Dua sahabat maut dalam kemalangan kereta, van
Pemuda mati dikelar leher dalam pergaduhan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









