ARKIB : 31/07/2012
Sorok dadah dalam bungkusan kopi
PULAU PINANG 30 Julai - Seorang lelaki warga Indonesia ditahan bersama 3.9 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM800,000 yang disorok dalam bungkusan kopi pracampur 3 dalam 1 di sini baru-baru ini.
Suspek yang berusia 30 tahun ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Juru, Sabtu lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, tangkapan itu membuktikan polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini.
"Dadah itu dipercayai dibawa masuk dari sebuah negeri lain untuk diedarkan di negeri ini. Pemeriksaan lanjut ke atas suspek mendapati dia positif mengambil dadah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.
Menurut Ayub, tangkapan dibuat setelah sepasukan anggota Unit Peronda Elit Evolution X yang sedang melakukan rondaan mengesan sebuah kereta jenis Toyota Camry dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.
"Setelah ditahan dan diperiksa, polis menemui dadah itu di tempat duduk belakang yang dimuatkan dalam bungkusan kopi pracampur.
"Polis percaya suspek merupakan anggota sindiket pengedaran dadah dan kita sedang menjalankan siasatan bagi mengesan saki-baki anggota sindiket terbabit," katanya.
Menurut beliau, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Maritim Malaysia gagalkan dua cubaan seludup rokok
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Lagi aset Lembaga Wakaf Hindu P. Pinang hilang
Judi: Enam ditahan, 63 komputer dirampas
Tiga maut, dua parah nahas kereta dan lori
Pasukan khas ditubuh buru penjenayah 'koboi'
Mangsa kemalangan sempat hantar SMS kepada abang
Polis arah penganjur himpunan pinda tarikh, lokasi
Polis buru suspek kain pelekat
Gaduh di balai Labis bukan perkauman
Bunuh isteri: Rakan suspek ditahan bantu siasatan polis
Kecoh majlis dialog: Polis terima empat laporan
Wanita maut kereta dipandu suami bertembung van
4 maut dalam nahas babitkan 4 kenderaan di MRR2
Dua mayat ditemui terapung di perairan Pulau Pinang
Seorang maut, dua cedera kereta terlanggar pokok
Menghasut: Adam Adli direman lima hari
Dua peserta konvoi motosikal maut kemalangan
Tiga rentung dalam dua kejadian kebakaran
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









