VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 31/07/2012

Nekad kejar pencuri walaupun ditumbuk

KUALA TERENGGANU 30 Julai - Meskipun ditumbuk, seorang juruwang perempuan nekad mengejar seorang pencuri yang melarikan dua bungkus minuman Nescafe dari sebuah pasar raya, di sini hari ini.

Malah, Nurazrin Mustafa, 21, berjaya menangkap penjenayah berkenaan dengan bantuan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.

Kejadian berlaku di sebuah pasar raya di Jalan Petani dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang apabila lelaki itu masuk ke dalam pasar raya sebagai pelanggan biasa.

"Bagaimanapun, saya curiga dengan tingkah lakunya dan memberitahu perkara itu kepada seorang pemandu lori yang kebetulan berada di situ supaya mengawasi gerak-geri lelaki tersebut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Nurazrin berkata, lelaki itu kemudian membayar harga barang yang diambilnya iaitu sebungkus mi segera serta satu peket minuman Nescafe 3 dalam 1.

"Tapi, dia cuba menyembunyikan dua peket Nescafe lagi dalam bajunya ketika datang ke kaunter untuk membuat bayaran.

"Saya tegur dia tapi dia terus tumbuk muka saya sebelum berlari keluar," katanya yang tidak mengalami kecederaan akibat kejadian itu.

Nurazrin memberitahu, pemandu lori tersebut kemudian cuba menahan lelaki itu tetapi turut menerima nasib yang sama apabila ditendang.

"Saya juga cuba kejar pencuri itu tetapi ditumbuk lagi dua kali sebelum sempat memegang tangannya dan dibantu oleh orang yang lalu-lalang untuk menahan lelaki tersebut," ujarnya.

Katanya, lelaki tersebut kemudian dibawa masuk ke dalam pasar raya itu semula sementara menunggu sebuah kereta peronda polis yang tiba tidak lama kemudian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.