ARKIB : 31/07/2012
Polis tahan suami eksekutif TV9
SHAH ALAM 30 Julai - Polis menahan suami kepada Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kes kematian wanita itu yang mayatnya dikatakan ditemui tergantung di dalam biliknya di Apartmen Saujana, Petaling Jaya, kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suami mangsa yang berusia 31 tahun itu ditahan di Segamat, Johor kira-kira pukul 10.15 malam bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan terhadap kes tersebut.
Katanya, pihaknya mengklasifikasikan kes kematian Syaleza di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Kita sudah buat penahanan (suami Syaleza) di Segamat, Johor dan kita bawa beliau ke sini (Selangor). Kita cuma tahan untuk siasatan lanjut dan reman seminggu bermula hari ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Tun Hisan berkata, laporan bedah siasat ke atas mayat mangsa masih dalam siasatan namun pihaknya tidak menolak kemungkinan sebab kematian mangsa akibat jerutan di leher yang menghalang saluran pernafasan.
Semalam, akhbar melaporkan mayat Syaleza yang bertugas di Bahagian Berita TV9 ditemui oleh suaminya pukul 7.25 malam selepas tidak menjawab panggilan ketika dipanggil untuk berbuka puasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, suami mangsa mendakwa sebelum kejadian tersebut, berlaku pertengkaran antara mereka.
Bagaimanapun, suami mangsa terkejut apabila mendapati isterinya dalam keadaan tergantung di bawah kipas dalam bilik kedua mereka.
Mati dibelasah suami
Adam Adli ditahan menghasut
Buru Geng Susu Kangkang berdasarkan CCTV
Kelar leher: Polis terus buru suspek
Suspek kes bunuh pegawai Kastam bebas dengan jaminan
Dua termasuk anggota polis cedera ditetak di Labis
Polis terus buru suspek kes kelar leher pemuda
Adam Adli ditahan di bawah Akta Hasutan
Wanita mati dipercayai dipukul suami
Naluri ibu selamatkan anaknya daripada kebakaran
Anggota penguatkuasa MPPP samun kedai 24 jam
Suami isteri dalang kegiatan pecah rumah ditahan
Suspek kes tembak kastam bebas atas jaminan polis
Pemuda diserang mati dikelar
2 maut kereta bertembung van
Polis nafi dakwaan tidak ambil tindakan kes pukul penjaja
20 GRO jaja minuman keras ditahan
Dua sahabat maut dalam kemalangan kereta, van
Pemuda mati dikelar leher dalam pergaduhan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









