ARKIB : 30/07/2012
JAIM tahan 30 pengunjung pusat hiburan
MELAKA 29 Julai - Seramai 30 pengunjung beragama Islam yang tidak menghormati kesucian bulan Ramadan ditahan kerana mengambil minuman keras di tiga pusat hiburan sekitar Melaka Raya dan Taman Merdeka di sini malam tadi.
Mereka yang ditahan terdiri daripada enam lelaki dan 24 wanita berusia antara 17 hingga 50 tahun dalam operasi penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan polis bermula pukul 12.30 tengah malam.
Turut serta dalam operasi itu adalah kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
Ketika diserbu, kebanyakan pengunjung sedang leka berhibur malah ada dalam kalangan pelanggan tanpa segan-silu meneguk minuman keras ketika umat Islam lain menyambut Ramadan.
Ketua Pegawai Penguat kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, hasil pemeriksaan lima lelaki beragama Islam didapati mengambil arak manakala 24 lagi wanita berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
"Seorang lelaki ditahan kerana kesalahan berpakaian menyerupai perempuan manakala selebihnya dikenakan saman supaya hadir bagi memberi keterangan dan membantu siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Rahimin, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 50, Seksyen 71 dan Seksyen 72, Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.
Katanya, JAIM kesal dengan tindakan segelintir umat Islam yang tidak menghormati Ramadan apabila mengunjungi pusat hiburan.
"Apa yang lebih teruk, mereka melakukan perbuatan menyalahi undang-undang agama dengan meminum arak dan berkelakuan tidak senonoh pada bulan yang mulia ini," katanya.
Rahimin memberitahu, objektif utama operasi itu bertujuan mencegah kegiatan menyalahi undang- undang agama dalam kalangan umat Islam antaranya membabitkan arak dan berkelakuan tidak sopan terutama ketika Ramadan.
Katanya, bagi membendung perkara tersebut daripada berlarutan terutama pada Ramadan, JAIM akan terus menjalankan operasi seumpamanya di pusat hiburan di negeri ini.
Misi buru penembak ganas
Kebun durian jadi makmal dadah dibongkar
Geng ragut, curi motosikal tumpas
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Kes bunuh Cinang: 2 suspek bebas, suspek baharu ditahan
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup rokok guna bot pancung
Lima sekeluarga alami detik cemas disamun
Polis tahan suspek utama kes bunuh suri rumah
Maritim Malaysia gagalkan dua cubaan seludup rokok
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Lagi aset Lembaga Wakaf Hindu P. Pinang hilang
Judi: Enam ditahan, 63 komputer dirampas
Tiga maut, dua parah nahas kereta dan lori
Pasukan khas ditubuh buru penjenayah 'koboi'
Mangsa kemalangan sempat hantar SMS kepada abang
Polis arah penganjur himpunan pinda tarikh, lokasi
Polis buru suspek kain pelekat
Gaduh di balai Labis bukan perkauman
Bunuh isteri: Rakan suspek ditahan bantu siasatan polis
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









