ARKIB : 30/07/2012
Polis tahan 11 pelacur
KUALA LUMPUR 29 Julai - Walaupun sudah enam kali diserbu kerana menjalankan kegiatan pelacuran sejak awal tahun ini, sebuah pub di Serdang Perdana 5 di sini tidak serik-serik meneruskan kegiatan maksiat.
Dalam serbuan yang dijalankan anggota serta pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang malam tadi, seramai 11 pelacur dan seorang penjaga premis ditahan di tiga pub termasuk premis tersebut.
Pegawai Risikan dan Operasinya, Inspektor Roslin Mohd. Isa berkata, mereka yang ditahan ialah 10 wanita warga Vietnam dan seorang warga Indonesia berusia antara 20 hingga 30 tahun.
"Siasatan polis mendapati kesemua wanita ini bekerja sebagai pelayan di tiga pub tersebut.
"Selain pelayan pub, pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks, mereka boleh melanggan wanita ini dan dikenakan bayaran antara RM100 hingga RM160 bagi sekali perkhidmatan," katanya kepada pemberita.
Menurut Roslin, serbuan selama sejam setengah bermula pukul 10.30 malam itu dibuat hasil maklumat orang awam dan risikan polis sejak tiga hari lalu.
"Operasi ini turut disertai oleh pasukan pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang menyita dan menutup ketiga-tiga pub tersebut," katanya.
Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menganjurkan pelacuran dan Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta 55 (b) Akta Imigresen 1963 atas kesalahan mengambil atau menggaji seseorang yang tidak memiliki pas yang sah.
Menurutnya, kesemua suspek kini direman di IPD Serdang untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, jurucakap MPSJ ketika ditemui berkata, ketiga-tiga premis tersebut disita dan ditutup di bawah peruntukan Undang-undang Kecil (UUK) 3 dan UUK 43 Perlesenan Perdagangan, Perniagaan serta Perindustrian MPSJ 2007.
Adik pukul, samun abang kembar
Kumpulan penyamun Amerika Latin tumpas, dua ditahan
Perompak gagal larikan RM50,000
Dua pegawai SPRM antara tiga maut nahas
Pelancong Hong Kong cedera parah, kereta dirempuh kereta api
100 rumah papan terbakar, 500 mangsa terlibat
Perhilitan rampas 3,059 barangan hidupan liar tiruan
Gagal samun RM50,000 seorang suspek mati ditembak
Pelajar sekolah mati selepas dijangkiti kencing tikus
Keputusan tidak boleh berhimpun muktamad - Polis
Laporan siasatan mangsa tertimbus selesai - Polis
2 ugutan: SPRM tingkat keselamatan pegawainya
Pelatih PLKN Sri Ledang lahir bayi dalam tandas
Pekebun rugi RM60,000 ditipu seorang lelaki
38 GRO warga asing ditahan di Sunway Mentari
Remaja 15 tahun ditahan
Tiga penjenayah ditahan selepas samun dua kedai
Halimah diminta serah diri
Geng curi kereta, pecah rumah tumpas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










