VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
IMPAK ALAM

ARKIB : 28/04/2012

Tapir makin pupus

PEMUSNAHAN habitat adalah antara faktor menyebabkan kepupusan tapir.

KUALA LUMPUR 27 April - Masyarakat di Malaysia rata-ratanya tidak menyedari haiwan tapir atau dikenali sebagai 'gajah kerdil' kini semakin pupus di muka bumi.

Sehubungan itu, Zoo Negara mengambil inisiatif dengan meraikan Hari Tapir Sedunia yang disambut pada 27 April setiap tahun sebagai langkah untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat mengenai haiwan unik itu.

Timbalan Pengarah Zoo Negara, Dr. Muhammad Danial Felix berkata, kesedaran untuk melindungi haiwan yang semakin pupus itu adalah penting bagi menjamin kesinambungan spesiesnya.

Menurutnya, terdapat empat spesies tapir di dunia dan 'Malayan Tapir' yang hanya dapat ditemui di Asia merupakan spesies terbesar di dunia.

"Bilangan tapir semakin merosot disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya ialah habitat asal dimusnahkan untuk tujuan pembangunan, sekali gus mengganggu proses pembiakan dan akhirnya menyumbang kepada kepupusan," katanya ketika ditemui di Zoo Negara, dekat sini hari ini.

Muhammad Danial berkata, menerusi program yang diadakan sempena sambutan tersebut, pengunjung terutamanya golongan muda sedikit sebanyak dapat didedahkan dengan pelbagai maklumat menarik mengenai haiwan itu.

Katanya, sambutan yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini akan menganjurkan beberapa aktiviti seperti pameran tapir, sesi memberi makan, dan ceramah mengenai ekosistem haiwan tersebut.

"Kami di Zoo Negara memandang serius mengenai kebajikan haiwan terutamanya spesies yang hampir pupus.

"Usaha memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia melibatkan pelbagai cabaran seperti tahap pemikiran, keadaan persekitaran dan sebagainya," ujarnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.