VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 11/11/2013

Seindah mawar

(dari kiri) Ibu kepada Fizo Omar, Hasnah Jidin, Mawar dan ibu Mawar, Faridah Zakaria dan bapanya, Aminuddin Basirron bergambar bersama ketika majlis pertunangan yang berlangsung di kediaman mereka di Kajang Sabtu lalu.

Tudung saji tudung periuk

Tidaklah sama tudung Fareeda

Sudah dicari bunga segenap pelusuk

Mawar juga dambaan jiwa

ITU merupakan pantun yang dibalas pengacara yang mewakili keluarga Mawar Abdul Karim kepada Datuk Raja Rezza Shah, yang mewakili keluarga Fizo Omar dalam acara bertunang.

Berlangsung dalam suasana indah di kediaman milik keluarga Mawar sehari sebelum bernikah, majlis pertunangan itu juga turut dipancarkan secara langsung melalui program yang di acarakan Fizo iaitu Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Walaupun majlis pertunangan itu hanya berlangsung 24 jam sebelum majlis pernikahan mereka berdua, bakal mempelai bagaimanapun tetap merasai debaran 'darah manis' yang turut dirasai pasangan yang lain.

Penuh adat istiadat, pertembungan dua budaya iaitu dari pantai timur dan utara semenanjung itu memperlihatkan kesungguhan dua keluarga berkenaan memastikan impian Fizo dan Mawar segera tercapai.

Memilih warna tema krim untuk persalinan hari pertunangan, sentuhan warna merah jambu turut memperlihatkan keayuan Mawar.

Rombongan Fizo menyerahkan lima dulang hantaran dan antara yang kelihatan adalah barang solekan dan sebentuk cincin berlian.

Sementara itu mengambil gubahan bunga mawar sebagai memperindahkan tujuh dulang hantaran untuk Fizo, Mawar juga nampaknya cukup mengenali suaminya itu dengan menghadiahkan sepasang jaket kulit yang sesuai dipakai untuk menunggang motosikal.

Walaupun Fizo berada jauh di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya untuk menjayakan program Nasi Lemak Kopi O inisiatif untuk memancarkan acara pertunangan itu secara langsung dilihat begitu bermakna buat peminat.

Meneruskan tanggungjawab sebagai pengacara sewaktu majlis pertuna ngannya diadakan, jelas kelihatan di kaca televisyen Fizo sebenarnya agak berdebar untuk melihat ibunya, Hasnah Jidin menyarungkan cincin ke jari manis Mawar.

Meneruskan sambutan selepas majlis pertunangan, acara berinai yang berlangsung pada malam hari. Acara ini turut disertai Fizo dan Mawar dan sambutan gilang gemilang itu bakal menjadi kenangan terindah buat mereka.

Dengan kehadiran ahli keluarga dari seluruh negara, majlis pertunangan itu juga rata-ratanya di kuasai dengan pakaian berwarna ungu yang melambangkan jalur keluarga Mawar dan kuning pula dari keluarga Fizo.

Kemeriahan majlis perkahwinan anak pertama buat ibu bapa Mawar iaitu Faridah Zakaria dan suaminya Aminuddin Basirron itu jika ilihat daripada sudut kemampuan, bukan calang-calang keluarga mampu merealisasikan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.