VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 07/11/2013

Aku Ada Wali pilih Korea

barisan pelakon dan krew yang terlibat dalam drama Aku Ada Wali.

SUDAH menjadi formula buat penerbit kini untuk menerbitkan drama berdasarkan adaptasi novel popular. Bagaimanapun pendekatan berbeza diambil dalam pembikinan drama bersiri Aku Ada Wali yang akan ditayangkan di Tv AlHijrah pada Disember nanti. Penerbitnya memilih untuk menayangkan drama 13 episod itu dahulu sebelum melepaskan novel Aku Ada Wali di pasaran.

Bagaimanapun konsep asal drama ini sebenarnya memang hadir dari penulis novel terkenal iaitu Fatimah Syarha Mohd. Noordin yang juga penulis novel Seindah Mawar Berduri.

Idea itu hadir ketika perbincangan antara pihak penerbit dan penulis.

Menurut pemilik Tsar Asia Sdn. Bhd., Wan Sariah Wan Jaafar, dia percaya dengan kemampuan drama itu memandangkan Fatimah Syarha sudah mempunyai peminatnya sendiri.

"Saya memang mahu drama bersiri ini ditayangkan dahulu dan seterusnya baru novel dikeluarkan.

"Saya percaya akan kemampuan drama ini memandangkan penulis novel itu sendiri sudah mempunyai pengikutnya sendiri," katanya.

Memilih pelakon hebat seperti Siti Saleha, Zahiril Adzim dan ramai lagi menurut Sariah, demi memberi kelainan dari drama bersiri lain yang sering memilih Asia Barat sebagai lokasi percintaan, Korea Selatan dilihat mampu memberi kesan berbeza buat drama Aku Ada Wali.

"Sebenarnya kami mendapat bantuan dari pihak pelancongan Korea Selatan untuk mendapat lokasi yang menarik di sana. Selain Seoul, Busan juga akan menjadi lokasi penggambaran drama ini.

"Kalau mahu diikutkan, ini merupakan projek terbesar untuk produksi saya, memandangkan ia melibatkan penggambaran di luar negara serta ramai pelakon hebat. Bagaimanapun mengenai bajet pula tidaklah terlalu besar kerana kami mendapat banyak bantuan terutamanya dari pihak AirAsia," katanya.

Sementara itu bagi pengarah drama ini, Aidilfitri Mohamed Yunos, sungguhpun pihak Tv Alhijrah mempunyai sukatan tersendiri, namun drama ini tidak terlalu berat dengan kisah agama.

Mahu nampak santai dengan cinta remaja, Aku Ada Wali bagaimanapun tetap mematuhi batas-batas yang telah dipersetujui.

"Kekuatan drama ini sebenarnya mengenai pendirian seorang gadis dalam bertemu jodohnya.

"Saya tidak melihat sesuatu yang sukar untuk mengarah drama cinta remaja ini sungguhpun sudah ada aturan yang ditetapkan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.