VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 20/10/2013

Ayu ditinggal suami

DRAMA rumah tangga penyanyi dangdut, Ayu Ting Ting, 21, semakin panas apabila suami, Henry Baskoro Hendarso atau Enji, 25, yang dinikahi sejak 4 Julai lalu tiba-tiba menghilangkan diri. Biarpun mengetahui keadaan isterinya yang sedang mengandung namun Enji tidak peduli. Ayu ditinggalkan berseorangan minggu-minggu lamanya.

Bahkan sejak Aidilfitri lalu, Enji dikatakan cuba mengelak daripada bertentang mata atau berkomunikasi dengan Ayu.

Lebih menyedihkan apabila Enji menjalani kehidupannya seperti lelaki bujang selepas berpisah ranjang dengan Ayu. Dia kerap keluar malam, berseronok di kelab dan menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama rakan-rakannya.

Tanpa mempedulikan keadaan isterinya yang sedang berbadan dua, Enji juga tegar bercuti bersama Raffi Ahmad dan Gerry Pontjodipoero di Bali berbanding menghabiskan masa bersama Ayu.

Bagaimanapun krisis rumah tangga Ayu-Enji itu dipandang serius oleh kedua orang tua Ayu setelah digembar-gemburkan pihak media Indonesia.

Penyanyi lagu Alamat Palsu ini kemudiannya diminta untuk kembali ke rumah orang tuanya yang terletak di Jalan Kemuliaan Sukmajaya, Depok, Jawa Barat.

Itu semua berlaku selepas harapan Ayu agar Enji kembali ke pangkuannya sia-sia. Kelibat Enji yang diharapkan tidak kelihatan.

Bahkan sewaktu majlis doa selamat sempena keberangkatan kedua orang Ayu ke Tanah Suci Mekah hujung bulan lalu, ketiadaan Enji menjadi perbualan.

Ayu yang sebelum ini berdiam diri daripada mengulas kemelut rumah tangganya akhirnya berkongsi masalah yang membelenggu diri selama ini.

“Sukar untuk saya jelaskan kepada semua tentang apa yang berlaku dalam rumah tangga saya. Lagipun perkara ini terlalu peribadi untuk dibincangkan secara umum.

“Bukan saya cuba menyembunyikan apa-apa kepada masyarakat. Saya tidak mahu terlalu memikirkan apa yang terjadi kepada kami.

“Cuma berharap agar masalah yang terjadi antara saya dan suami tidak menjejaskan kandungan. Saya memilih untuk bergembira daripada terlalu memikirkan masalah ini.

“Jadi sama-sama kita berdoa agar kandungan saya selamat dilahirkan," katanya yang hanya tersenyum tanpa memberi sebarang komen ketika diminta mengulas tentang ketidaksediaan Enji untuk bergelar bapa di usia muda.

Spekulasi demi spekulasi

AYU dan Enji antara artis Indonesia yang sengaja menyorokkan pernikahan mereka daripada pengetahuan media.

Sepatutnya pernikahan mereka berlangsung pada September lalu tetapi dipercepatkan dua bulan lebih awal dengan alasan mahukan majlis pernikahan tanpa gangguan.

Bertitik tolak dari situ kisah rumah tangga Ayu mendapat perhatian kerana pasangan ini sering dilihat berparti bersama-sama.

Enji yang terkenal di kalangan komuniti pemilik motosikal berkuasa tinggi di ibu kota itu juga seorang yang sangat berahsia tentang pekerjaan hakikinya.

Selaku anak bekas Kepala Kepolisian Negara Republik Indonesia (Kapolri) Bambang Hendarso Danuri, sudah pastinya gaya hidup mewah Enji menarik perhatian masyarakat sekeliling.

Tambahan pula Ayu yang dikatakan bersikap terbuka dengan dengan media tentang kisah peribadi sebelum ini terus menutup mulut sejurus selepas mengumumkan perkahwinannya.

Lantaran itu banyak pihak yang membuat spekulasi bahawa kehamilan Ayu itu umpama mimpi ngeri buat Enji yang dikatakan belum bersedia untuk bergelar seorang bapa.

“Ada orang cakap saya bakal bercerai dengan suami selepas kami berpisah ranjang. Tapi sampai ke hari ini, saya masih isteri Enji. Nah, kalau begitu kita jangan terlalu memikirkan kata orang terhadap kita.

“Jadi diri sendiri dan banyakkan berdoa yang baik-baik saja," katanya penuh makna.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.