VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 April 2014 / 16 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 13/10/2013

Ini fasa penting kami

FOUZIAH GOUS dan Zhafran Yusof kini melalui detik-detik indah sebagai suami isteri.

TIGA minggu bergelar suami isteri, mereka kini menjalani fasa terindah kehidupan berumahtangga. Malah bagi Fouziah Gous dan Zhafran Yusof ini masa terbaik untuk mereka lebih mengenali pasangan masing-masing.

Sementelah usia perkenalan mereka sangat singkat. Hanya setahun namun segalanya berlangsung pantas. Biar kenal setahun, kata mereka, hubungan cinta terjalin apabila bertemu kembali pada Mac lepas.

Empat hari selepas bertemu semula Zhafran sudah mengajak Fouziah berkahwin sebelum melamar secara rasmi pada Mei dan Jun, mereka bertunang sebelum diijabkabulkan 21 September lalu.

“Selepas sah ini, kami teruja nak dating. Mahu buat segala rutin bersama-sama. Iyalah... Sebelum ini kami tak pernah berdating seperti pasangan kekasih yang lain. Ini sesuatu yang saya nanti-nantikan dan saya ingini.

“Memang sebelum bergelar suami isteri, Zhafran selalu ada menemani saya terutama kalau saya di lokasi. Tetapi kami tidak pernah berkesempatan berdua-duaan.

“Sebab itu saya memang menantikan saat ini dan lebih penting apabila kami sudah sah menjadi suami isteri," ujar Fouziah.

Sambil memberitahu masih belum memikirkan soal cahayamata buat masa terdekat kerana ingin meluangkan masa berdua terlebih dahulu, Fouziah juga berkata, masa mereka banyak dihabiskan dengan kesibukan membuat perancangan untuk berkahwin.

“Ini fasa penting kami berdua. Untuk saling kenal mengenali dan teman menemani antara satu sama lain," kata Fouziah yang sah bergelar isteri Zhafran dengan sekali lafaz ketika diijabkabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM1,112 dan wang hantaran berjumlah RM50,000.

Lakonan itu penjenamaan

Bakal kembali ke lokasi penggambaran penghujung Oktober ini, kata Fouziah, dia dan Zhafran akan kembali bekerja seperti biasa selepas ini.

“Yang penting ketika masih ada berbaki cuti ini, kami mahu selesaikan segala hutang-hutang yang patut dibayar. Oleh kerana kami guna duit sendiri untuk majlis perkahwinan kami maka tentunya kami perlu bekerja untuk menabung semula," kata mereka.

Dan lebih penting sampuk Zhafran, masing-masing mahu melangsaikan segala urusan kerjaya tahun ini kerana mereka merancang untuk bercuti tahun depan bagi menikmati bulan madu tanpa perlu memikirkan komitmen kerja.

“Masih belum ada destinasi tertentu. Sebab seperti juga perkahwinan yang kami rancang dalam tempoh dua minggu, rasanya begitu jugalah rencana bulan madu kami.

“Bukan kami kata senang menguruskan majlis pernikahan, resepsi dan bertandang, lebih-lebih lagi kami buat semuanya sendiri. Banyak perkara remeh temeh yang berlaku cuma orang tak tahu. Tapi itulah manisnya bila dikenang.

“Begitu juga dengan bulan madu kami nanti. Mungkin dirancang secara spontan. Apa yang penting adalah untuk merancang bersama. Oleh kerana kami suka aktiviti lasak, mungkin kami lakukan bersama-sama nanti. Cuma destinasi masih belum tahu lagi.

“Tapi satu yang pasti, kami nak beli motor. Sebab sesekali saya suka pergi trek berlumba dan Fouziah teruja nak menyertainya," kata Zhafran.

Bagaimanapun pertengahan Oktober ini Fouziah dan Zhafran terlebih dahulu ‘berbulan madu’ ke Halong Bay, Vietnam menjayakan program Romantika untuk siaran Astro dan bercuti bersama keluarga ke Bali, Indonesia pada November.

Bercerita tentang masa depan dunia seni, kata Fouziah, dia tidak akan bersara daripada dunia pilihannya itu kerana lakonan perlu untuk penjenamaan dirinya.

Cuma tegas Fouziah, dia mungkin akan menjadi lebih memilih watak dan seperti sebelum ini, dia tidak akan melakukan dua kerja dalam satu masa. Hanya satu drama untuk sama masa, tegasnya.

Rakan kongsi

Tinggal di rumah mertua sebaik berumah tangga bagi Fouziah itu bukan perkara yang sukar kerana dia seorang yang mementingkan kekeluargaan dan keluarga Zhafran juga amat menyenangkan.

Namun mereka tetap mempunyai perancangan untuk memiliki kediaman sendiri untuk dijadikan rumah persinggahan.

“Oleh kerana saya dan Zhafran amat mementingkan hubungan kekeluargaan maka saya tidak kisah untuk tinggal di rumah mertua malah saya suka," kata Fouziah.

Satu yang pasti selepas bergelar suami isteri, mereka mahu merealisasikan impian untuk membuka perniagaan bersama - sebagai pengedar sarang burung walet.

Malah kata Fouziah, dia mengenali Zhafran kerana mahu memulakan perniagaan dalam bidang tersebut.

“Tapi lain pula jadinya..." kata Fouziah ketawa. “Jadi lepas berkahwin ini kami mahu duduk berbincang lebih serius mengenai perkara ini semula. Jadi rakan kongsi."

Menurut Fouziah dia memilih perniagaan tersebut kerana mahu mendidik masyarakat khususnya orang Melayu tentang keistimewaan dan kelebihan sarang burung walet.

Malah dia mengkaji berkenaan sarang burung itu selama dua tahun sehingga mampu menilai sarang-sarang burung yang dijadikan resipi untuk kebaikan kesihatan.

“Saya suka buat benda yang saya suka. Kalau tak, saya tak buat. Satu perangai saya, saya jujur. Jadi saya mesti tahu mengenai produk saya sebelum saya bertindak jadi duta dan sebagainya," jelas pelakon yang kini sedang popular dengan drama Alam Maya ini.

- WANDA IDRIS

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.