VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 24/09/2013

Aaron belajar dialek utara

Telefilem Suamiku, Encik Perfect 10! adalah gandingan kedua Aaron dan Lisa yang kedua mereka selepas kejayaan Ombak Rindu.

WATAK yang dibawa oleh pelakon Aaron Aziz untuk telefilem yang diadaptasi daripada novel Suamiku, Encik Perfect 10! amat berbeza.

Kali ini sebagai pemegang watak utama, dia perlu bertutur dalam dialek utara kerana watak Zarief Daniel lakonannya berasal dari Kedah.

"Saya jadi budak baik kali ini. Penonton boleh mentafsirkannya nanti melalui dialog saya. Cuma sedikit mencabar apabila saya dikehendaki berdialog dalam dialek utara.

"Watak Zarief ni berasal dari Kedah, jadi saya kena bercakap seperti orang sana. Saya menerimanya sebagai satu cabaran dan bertanggungjawab memberikan yang terbaik untuk tontonan semua," katanya.

Untuk telefilem yang mendapat sentuhan pengarah Mohamed Feroz Kader, hero drama bersiri Adam dan Hawa itu bergandingan dengan Lisa Surihani.

Sebelum ini dia pernah bergandingan dengan isteri kepada Yusry Abdul Halim itu menerusi filem Ombak Rindu, arahan Osman Ali.

"Saya tidak ada masalah berlakon dengan Lisa kerana sebelum ini kami sudah pernah bekerjasama. Dia tahu apa peranannya dan saya juga berusaha untuk memberikan yang terbaik setiap kali berlakon," katanya yang ditemui di lokasi penggambaran di Taman Ukay Perdana, baru-baru ini.

Suamiku Encik Perfect 10! merupakan sebuah novel nukilan Syamnuriezmil yang diadaptasi oleh produksi Global Station Sdn. Bhd. yang dinaungi produsernya, Datin Zaiton Mohd. Jiwa.

Meskipun konsepnya masih sama seperti mana drama Adam dan Hawa yang diadaptasi daripada novel, kelainan kali ini ia bukan drama bersiri tetapi dikenali sebagai Super Telefilem.

"Telefilem ini istimewa kerana lokasi penggambarannya bukan sahaja dibuat di sini, malah di London. Manakala produksinya dibuat sebanyak dua episod, sebab itu ianya disebut sebagai Super Tele filem.

"Selepas tayangan episod pertamanya nanti, akan menyusul pula episod kedua yang melengkapkan jalan cerita ini malah kebanyakan babak menuntut komitmen saya untuk berada di London nanti", jelas Lisa tentang format baru drama tersebut.

Lisa yang berlakon sebagai Aleeya Azmeen, mengharapkan penonton yang mengikuti novel tersebut tidak membandingkan watak lakonannya sama seperti dalam novel.

"Setahu saya, novel ini merupakan novel best seller yang mempunyai pengikut yang ramai. Di sini, komitmen saya adalah untuk mendalami watak Aleeya sebaik mungkin mengikut kehendak skrip yang diberi.

"Saya juga tidak berkesempatan untuk membaca novel ini, cuma membaca skripnya sahaja. Saya yakin penulis skrip telah membuat olahan yang baik dan pastinya tidak akan mengecewakan pembaca novel ini", ujarnya lagi.

Menurut pengarahnya, telefilem ini bakal ditayangkan di saluran Astro manakala, tarikh dan waktu tayangannya masih belum dapat dipastikan lagi.

Antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Raja Ilya, Syazwan Zulkifli, Jasmin Hamid dan Normah Damanhuri.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.