VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 12/06/2013

Bulan madu istimewa

Jika sudah jodoh, apa sahaja halangan tetap diatasi oleh Beego dan Linda.

SETELAH melalui era menduda yang penuh kontroversi, akhirnya, pelakon Mohamed Aszerudin Nizam Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Beego selamat bergelar suami kepada Linda Hashim, Sabtu lalu.

Ketika ditemui pada sidang akhbar selepas majlis pernikahan selesai, pasangan ini berkata, mereka merancang untuk menjadikan Mekah sebagai lokasi bulan madu.

"Mengenai bulan madu, Linda ada bercakap pada Beego, daripada kami membazir duit untuk ke tempat-tempat lain, lebih baik kami melawat Tanah Suci Mekah dulu.

"Lagipun, saya memang teringin sangat hendak buat umrah tapi ia masih lagi dalam perancangan dan harapnya kami dapat berbulan madu di sana," jelasnya.

Selain itu, mereka turut merancang untuk berbulan madu di Bali, Indonesia dan Taiwan.

Pasangan tersebut yang melangsungkan pernikahan di Masjid Usamah Zaid, Kuala Lumpur itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nizam Wahab sambil disaksikan oleh bapa Linda, Hashim Yusof.

Pasangan mempelai kelihatan anggun memakai busana rona peach tajaan butik kakak Linda, Erins & Erinas Sequins.

Pengantin lelaki telah memberi tujuh dulang hantaran termasuklah sepasang kasut Quince, Tepak Sireh, jam tangan Titus, sebentuk cincin, mas kahwin berjumlah RM300, jubah, pewangi Burberry, beg tangan Furla dan wang hantaran berjumlah RM35,000.

Sebagai balasan, pihak mempelai wanita memberikan sembilan dulang hantaran, antaranya seutas jam tangan Dolce & Gabbana, sepasang baju Polo, sepasang kasut Bershka sebentuk cincin Emporio Armani dan sirih junjung.

Majlis yang diadakan serba ringkas tetapi meriah itu turut dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada kaum keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pasangan.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu dan telah memilih untuk bertunang pada 3 November tahun lalu.

Majlis resepsi pasangan ini juga diadakan di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).

Kedua-dua mempelai yang ditemui dalam sidang akhbar selepas majlis pernikahan itu memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Beego mahu gugur kes khalwat

BEEGO yang sebelum ini pernah ditangkap khalwat berharap supaya kes mengenainya digugurkan setelah pihak pendakwa raya gagal membuktikan dirinya bersalah.

"Semasa kes sebutan yang lalu, tiada saksi daripada Jabatan Agama Islam yang hadir. Bukti yang mengatakan saya bersekedudukan pun tidak ada.

"Saya pun sedang mencari peguam yang sesuai supaya kes ini dapat diselesaikan dengan cepat", kata Beego

Terdahulu, pada 23 Februari 2011, kira-kira pukul 6 pagi, Beego dan empat lagi rakannya ditahan oleh sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang.

Namun, sehingga kini kes khalwat melibatkan dirinya belum lagi selesai.

Namun, bagi beego, kes khalwat ini tidak mengganggu rumah tangganya memandangkan kes berkenaan berlaku sebelum mereka bercinta lagi.

"Linda memang menyokong saya dan memberikan sokongan moral yang kuat kepada saya untuk menghadapi kes ini sebelum saya berkahwin dengannya lagi.

"Dia menyokong saya untuk mendapatkan keadilan di mahkamah mengenai kes ini," jelasnya.

Tambah Beego, dia berharap mereka yang bertanggungjawab menguruskan kes ini, jika terbaca mengenai laporan ini, berharap supaya kes ini dapat digugurkan atau diselesaikan dengan cepat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.